Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, October 27, 2011

Dunia Semakin Hodoh

USIANYA 76 tahun, namun semangat perjuangannya seperti mengalahkan orang muda. 

Masih upaya berdiri di pentas dalam tempoh lama kerana menyampaikan bait-bait puisi yang mengetarkan jiwa pendengar dan penghayat seni sastera. Atau mendengar ceramahnya yang memukau.

Ayat-ayat yang digunakan saat menyampaikan ceramah sukar untuk membezakan, apakah ia sedang berpuisi atau berceramah, kerana bahasa yang digunakan adalah bait-bait puisi juga.

Hal demikian disebabkan ia dewasa dalam bahasa, makan minumnya adalah bahasa, tidur baringnya adalah bahasa, berjalan berdiri adalah bahasa, apalagi di saat di pentas di depan khalayakpastinya persoalan bahasa ditekankan. 

Pendek kata, meniti usia daripada muda sehingga sekarang kehidupannya adalah bahasa Melayu.

Di pentas separa politik seperti di Balai Islam, Kota Bharu, baru-baru ini, tiga kali diberikan kesempatan untuknya berbicara.

Pertama mendeklamasi puisi berjudul Dari Dinding Dewan dan kedua, Dari Dinding Madarasah. 

Di celah-celah kedua-duanya diberikan masa untuknya berucap (sesi menjawab soalan). Namun ucapannya juga semacam sedang mendeklamasikan puisi, sarat dengan kata-kata puitis. Sesekali humoris.

Sebenarnya dia sedang marah. Sudah lama dia marah. Dan memang patut pun dia marah dengan kelompok itu.

Perbezaannya kerana dia bijak bermain bahasa sehingga ungkapan marahnya tidak menampakkan 'seteruk' kata-kata sang pemidato oleh kelompok politikus.

Rupanya bahasa puitis punya kekuatan tersendiri bila sang bicaranya memiliki kekuatan rohani yang kental, biarpun fizikal tampak sedikit berkurang lantaran usia. Sang Sasterawan Negara itu berjaya memukau khalayak lewat mesej yang sangat jelas yang disampaikan.

Khalayak memenuhi dewan, satu hal yang tak diduga kerana malam itu (14 Oktober 2011) acaranya bertembung dengan perlawanan sepak bola antara Kelantan-Terengganu di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu yang jaraknya kurang lebih satu kilometer.

Namun khalayak di dalam dewan sebenarnya tak pedulikan keputusan perlawanan sepak bola, mereka lebih terfokus kepada mesej yang mahu disampaikan oleh beliau.

Sewaktu dalam ASAS 50 bersama teman-teman seperti Allahyarham Usman Awang, Allahyarham Kris Mas, Mashuri SN, saat itu usia saya baru belasan tahun atau dua puluhan tahun. Saya mengidamkan dunia yang cantik. Saya khayalkan dunia ini seperti itu, tapi sampai usia saya mencerceh 76 tahun hari ini, dunia bukan semakin cantik sebaliknya semakin hodoh dan bodoh,” ujarnya.

ASAS 50 atau lengkapnya Angkatan Sasterawan 50.

Ditubuhkan di Singapura 6 Ogos 1950, ialah pertubuhan sebelum merdeka yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa Melayu.

Yang menggusarkan saya bila melihat pemimpin Malaysia selama lima dekad dikuasai kaum bangsawan, tak ada daripada kaum bawahan.

"Mereka itu saat berkumpul untuk sarapan pagi cakap orang putih. Tak pernah merasai kesusahan seperti dirasai rakyat.

"Kalau nampak susah pun, itu pura-pura. Mengayuh basikal dan naik bas. 

"Semua itu lakonan ! ” Kata Pak Samad.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !