Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, October 26, 2011

Di Sebalik Tabir Politik Kampus SIRI 1


Aktiviti Politik Kampus
Aktiviti politik kampus adalah sebahagian daripada budaya pelajar. Menurut M.A Fauzi (1977) golongan pelajar mempunyai pola, perlakuan, sistem dan tradisinya yang merangkumi sikap, nilai, moral, prinsip dan ciri keintelektuan. Sementara Lipsgt (1969) menyatakan “politik pelajar seharusnya tidak menyamai dengan politik orang dewasa. Perlakuan politik pelajar ini adalah bebas dan mempunyai perjuangan mereka sendiri".

Dari sebilangan besar mahasiswa di universiti, jumlah mereka yang terlibat secara aktif dalam kegiatan politik begitu kecil iaitu kira-kira 10 peratus sahaja (kajian di Amerika dan negara maju sekitar 5 peratus sahaja). Segelintir sahaja yang berminat dan terlibat dengan politik kampus. Kumpulan minoriti yang aktif ini melandang politik kampus ini sebagai sebshagian kehidupan mahasiswa'. Cockburn dan Blackburn dalam ‘Student Power : Problem, Diagnosis, Action’ menyebut tindakan mereka yang lazimnya dilakukan secara berkumpulan boleh mencetuskan apa yang dipanggil 'kuasa pelajar"

Perlakuan politik mahasiswa mempunyai hubungan yang rapat dengan penglibatan mereka dalam persatuan- persatuan. Kebanyakan mereka yang giat berpolitik juga memegang jawatan-jawatan dan aktif dalam berpersatuan. Pelajar-pelajar yang aktif berpersatuan didapati mempunyai minat yang tinggi dan melibatktan diri dalam hal-hal politik kampus. Sementara pelajar yang pasif dalam politik pula tidak aktif dalam aktiviti-aktiviti persatuan.

Bagi aktivis pelajar, pada peringkat awal yakni semasa berada di tahun pertama, mereka memegang peranan sebagai Ahli Jawatankuasa atau peserta dalam sesuatu projek yang dianjurkan. Kemudian semasa berada di tahun kedua dan ketiga, mereka memegang jawatan Exco-exco persatuan. Dalam masa yang sama iuga, pelaiar-pelaiar inilah yang berpeluang untuk berkempen dan bertanding dalam pilihanraya kampus. 

Justeru itu aktiviti dan kepimpinan yang diperolehi daripada kegiatan persatuan mempengaruhi penglibatan politik di kalangan mahasiswa (Syed Kheder Ismail, 1986).

Secara amnya pergerakan mahasiswa dalam politik kampus telah berjya merubah beberapa keadaan, khususnya dalam kampus. Walaupun ramai yang berpendapat bahawa mahasiswa sekarang semakin tidak berupaya menangani persoalan-persoalan yang timbul dengan baik dan berkesan berbanding dengan mahasiswa dahulu, namun tidak dapat menafikan bahawa era baru yang dibawa oleh mereka iaitu memperjuangkan politik berbentuk dakwah merupakan suatu perubahan yang boleh dibanggakan kerana meninggalkan kesedaran Islam di kalangan masyarakat. 

Skop aktiviti pelajar harus lebih meluas dengan fungsi dan potensi yang ada pada mahasiswa. Tohmahan bahawa perjuangan mahasiswa merupakan ciplakan idea pembangkang harus ditolak. Soal pelajar menyebelahi pembangkang adalah soal lain tetapi tidak sewajarnya mereka menerima membuta-tuli.

Politik Kampus Sepintas Lalu
Secara umumnya, kebangkitan mahasiswa sebagai suatu gerakan sosial dan politik bermula sekitar tahun 1966 dan 1967. Banyak peristiwa yang berlaku pada tahun-tahun tersebut, sehingga ia boleh dianggap sebagai tahun peralihan dalam sejarah pergerakan mahasiswa di Malaysia (Hassan Karim, 1984).
Satu peristiwa penting yang memberi ‘impact’ paling besar ke atas gerakan mahasiswa dalam tahun 1966 dan tahun-tahun berikutnya ialah dengan tertubuhnya ‘Sudut Pidato’ pada 27hb Mei 1966 di Universiti Malaya. 

Ini telah memberi sumbangan yang besar kepada golongan mahasiswa kerana hampir kesemua demonstrasi yang diadakan selepas tarikh tersebut dimulai dengan perbahasan di Sudut Pidato tersebut. Manakala pada tahun 1967 pula, peristiwa penting yang mempengaruhi pergerakan mahasiswa ialah penubuhan Kelab Sosialis di Universiti Malaya yang cuba berjuang mengikut landasan sosialisme. Keadaan ini telah meletakkan kedudukan masyarakat kampus dalam suasana yang lebih ‘politicised’ lagi (Muhammad Abu Bakar, 1973)

(bersambung)


(NOTA : Artikel ini telah diambil daripada Bab 1 buku Di Sebalik Tabir Politik Kampus karangan Mohd Shuhaimi Embong yang diterbitkan oleh Pustaka Generasi Baru, 1994)

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !