Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, October 17, 2011

GMUKM Konsisten Menyokong PMUKM

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengikuti perkembangan pergerakan MPP GMUKM dengan teliti dan penuh konsisten. Secara umumnya kita di GMUKM amat berpuas hati dengan prestasi terkini MPP GMUKM yang menerajui kepimpinan PMUKM pada sesi kali ini.

Biarpun cuba ditohmah dan diprovokasi, Gabungan Mahasiswa melihat usaha-usaha tersebut adalah sekadar cubaan melambatkan pergerakan PMUKM dalam melaksanakan agenda kebajikan, keilmuan dan penghayatan Falsafah UKM yang menjadi dasar kepada perjuangan Gabungan Mahasiswa selama ini.

Isu Kelewatan JPA Yang Cuba Ditohmah
Terbaru, berkenaan isu Biasiswa Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menjadi salah satu daripada isu yang cuba diprovokasi oleh pihak Aspirasi sebenarnya sedari awal telah dibawa dan diselesaikan oleh saudara Mohd Abdullah yang juga merupakan Timbalan Presiden PMUKM.

Entri berkenaan kronologi isu kelewatan Biasiswa JPA ini dapat diikuti di capaian berikut:
> Jumaat, Oktober 07, 2011 - Isu JPA : Berita Gembira
> Selasa, September 27, 2011 - BERITA GEMBIRA : Biasiswa JPA Masuk Esok

Video penerangan isu ini juga dapat dicapai di tv@GMUKM




Perihal Haiwan Liar di UKM
Isu haiwan liar yang berkeliaran di sekitar kampus UKM Bangi sebenarnya sudah lama diajukan ke pihak berkuasa, tetapi sebagaimana yang sedia maklum karenah birokrasi amat menyulitkan isu ini diselesaikan dalam kadar segera.

GMUKM melalui MPP nya juga amat memahami perihal ini kerana MPP GMUKM juga merupakan mahasiswa yang menuntut di sini jua. Justeru itu, segala masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh rakan-rakan mahasiswa sebenarnya juga dihadapi oleh MPP GMUKM.

Insiden dikejar anjing bukan sahaja di waktu malam, tetapi juga di siang hari ; makanan 'diragut' oleh monyet dan kera yang bergayut di tepi-tepi jalan serta pengalaman terserempak dengan babi hutan yang tiba-tiba muncul entah dari mana sebenarnya merupakan pengalaman-pengalaman 'ngeri' yang juga pernah dialami dan dihadapi oleh MPP GMUKM.

Untuk makluman, isu ini telah dibawa dan dimasukkan dalam entri blog PM-UKM pada entri bertajuk MPP UKM Bersama MPKj, Wisma Aman Komited Tangani Masalah Anjing

Justeru itu, adalah salah sama sekali jika dikatakan MPP GMUKM yang hari ini menerajui PMUKM sudah tidak prihatin dengan kebajikan rakan-rakan mahasiswa.

Terbaru, MPP GMUKM yang sentiasa prihatin dan komited melaksana agenda kebajikan rakan-rakan mahasiswa bakal mengadakan satu mesyuarat khas pada 19 Oktober (Rabu) bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Jabatan Perkhidmatan Verterinar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN) & Pegawai Keselamatan UKM bagi menyelesaikan masalah binatang liar.


Justeru itu, MPP GMUKM juga mohon kerjasama rakan-rakan mahasiswa untuk memberi fakta kes seperti pengalaman dikejar anjing, babi hutan, monyet dll kepada MPP Wan Fahmi sebelum 19 Oktober (Rabu) ini untuk tambahan fakta-fakta kes yang sedang dikumpulkan.

Saranan daripada pihak MPKj & Wisma Aman sebelum ini adalah segera memaklumkan pada pihak MPKJ & Wisma Aman sekiranya mendapati kawasan yang menjadi tempat tinggal & pembiakan anjing liar dan monyet / kera. Mereka juga menasihat supaya tidak memberi makanan kepada anjing-anjing serta monyet dan kera kerana ia akan menggalakkan anjing tersebut untuk cenderung berada di sekitar kawasan sumber makanannya itu.

Program Promosi Kesedaran Pendermaan Organ 2011
Bermula 15-18 Oktober 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama UKM dan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) mengadakan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2011.

Ia bakal dimeriahkan dengan Pertandingan Pidato Siswa UKM, Malam Bakat Siswa, Pertandingan Mesej Kreatif, Walkathon Pendermaan Organ, Program Cetusan Rasa - Bersama Keluarga Penderma dan Penerima Organ, Bual Bicara - Kenapa Saya, Seminar Pendidikan Pendermaan Organ IPT, Bicara Hati Pendermaan Organ serta Pertandingan Penulisan Skrip (TV) Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) Pendermaan Organ 2011.

Sehingga kini telah berlangsung Pertandingan Pidato Siswa UKM, Malam Bakat Siswa, Walkathon Pendermaan Organ. Pada hari ini, telah berlangsung CETUSAN RASA Penerima Organ & Keluarga Penderma Organ dan petang ini FORUM BUAL BICARA PENDERMAAN ORGAN - KENAPA SAYA? yang dibarisi panelis YBhg. Datin Dr. Lela Yasmin Mansor (Ketua Pengurus Klinikal, Pusat Sumber Transplan Nasional Hospital Kuala Lumpur), Ustaz Azhar Tuarno (Imam Masjid Negara) dan En. Roslan B. Awang (Waris Keluarga Penderma Organ). Forum Bual Bicara ini dimudahcara oleh Imam Muda Ashraf.

Penutup
Entri GMUKM tidak bermaksud untuk membangga-banggakan pencapaian GMUKM khususnya melalui MPP GMUKM tetapi sebenarnya bertujuan menghebahkan dan memberi penerangan kepada rakan-rakan mahasiswa.

GMUKM juga tidak berminat untuk berbalah dengan mana-mana pihak yang kebelakangan ini gemar menyerang batang tubuh kepimpinan GMUKM dan PMUKM, sebaliknya kita kini lebih berminat untuk melaksanakan agenda-agenda kebajikan dan keilmuan di samping komited menjalankan aktiviti-aktiviti yang memasyarakatkan mahasiswa.

Sebagaimana yang menjadi teras perjuangan Gabungan Mahasiswa sedari awal 2005, kita di GMUKM senantiasa berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik buat rakan-rakan.

Tindakan terdesak sesetengah pihak lawan yang cuba menganggu-gugat gerak kerja MPP GMUKM dilihat seolah-olah membodohkan diri sendiri.

Kewujudan fake ID di laman Facebook, selain mewujudkan blog-blog yang terang-terangan menyerang batang tubuh PMUKM yang diterajui MPP GMUKM nyata gagal dan disifatkan sebagai keanak-anakan di masa yang sama di mata mahasiswa kini kian menerima baik pergerakan PMUKM sesi 2010-2011.

Maka dengan itu, diharapkan semua rakan mahasiswa dapat memahami kondisi yang kini dialami oleh Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM). Dan yang lebih penting diharapkan terus bersama-sama GMUKM dan PMUKM melaksanakan agenda kebajikan, keilmuan dan penghayatan Falsafah UKM.


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

2 comments:

hanya insan biasa said...

kosong jer 'tong sampah' lutsinar 2..

hanya insan biasa said...

"Kewujudan fake ID di laman Facebook, selain mewujudkan blog-blog yang terang-terangan menyerang batang tubuh PMUKM yang diterajui MPP GMUKM nyata gagal dan disifatkan sebagai keanak-anakan di masa yang sama di mata mahasiswa kini kian menerima baik pergerakan PMUKM sesi 2010-2011."

HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI SAPA DALANG DI SEBALIKNYA.
SAPA YANG TERASA, BERTAUBATLAH

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !