Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, October 7, 2011

Ucapan Pidato MPM Arif Misrol 06-10-2011

Ucapan tersebut merupakan sedutan ucapan saudara Arif Misrol, MPP GMUKM dalam Sudut Pidato anjuran Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang berlangsung semalam, 6 September 2011 di Sudut Pidato, Teres Ekoniaga Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP).


Pertama kali berbincang tentang dua perkara tentang (i)harapan kita sebagai seorang mahasiswa terhadap belanjawan yang akan dibentangkan dalam masa terdekat ini (Jumaat -7 Oktober 2011) dan (ii) saya bertanggungjawab menjelaskan kepada rakan-rakan tentang beberapa perkara yang ditohmah kepada PMUKM yang saya huraikan sebentar lagi.

BELANJAWAN 2012 - Harapan Mahasiswa
Terus pergi kepada Belanjawan (Bajet 2012) negara, sebelum saya pergi jauh, kita harus ingat perkara-perkara yang bersifat pengetahuan umum, seperti Belanjawan negara, perjalanan ekonomi negara, perjalanan aktiviti negara dan sebagainya harus dilihat sebagai satu bentuk yang perlu diambil tahu oleh mahasiswa.

Ia bukanlah hanya perlu tahu perkara-perkara yang terdapat dalam bilik kuliah sahaja, tetapi lebih daripada itu, kita harus apa yang berlaku di dalam negara sama ada perkara itu berlaku pada peringkat secara global atau peringkat Malaysia secara keseluruhannya atau perkara itu berlaku pada peringkat negeri.

Dan inilah (maksud) yang kita dengar daripada Pak Natsir (tokoh pemimpin Indonesia) yang mengatakan, “pemimpin ini tidak lahir di bilik-bilik kuliah, tetapi mereka ini lahir di tengah kancah (masalah) tengah masyarakat.” Lahir daripada permasalahan umat, mereka menonjol di kalangan rakan-rakan, kemudian seterusnya mereka diangkat dan dijulang oleh umat.

Perkara yang sama diucapkan dan diberi pandangan yang sama oleh Profesor Naguib al-Attas , (Prof) Dr Shaharir Mat Zin; Pengarang buku Falsafah Universiti - Tafisran dan Penghayatan , boleh didapati di PTSL atau versi asal di Penerbit UKM yang mengatakan ,"substance (Isi kandungan) sebenar mahasiswa ini sebenarnya terletak daripada penghayatan budaya ilmu.”

Sudah tentu kita fahami atau kita boleh tafsirkan dan 'elaborate' (huraikan) , ia tidak terhad kepada perkara-perkara yang bersifat formaliti dalam dewan kuliah. Ia seharusnya mengakar dan mengembang terhadap perkara-perkara yang bersifat lebih daripada apa yang kita dapat dalam dewan kuliah.

Terus pergi kepada fakta ekonomi yang terdapat dalam negara kita.

Pertama kali kita harus tahu bahawa negara kita telah mengalami defisit selama 13 tahun berturut-turut. Kemudian yang seterusnya, 35 % daripada rakyat negara kita berada di dalam sektor yang tidak formal; dalam erti kata lain mereka ini bekerja sebagai penjaja, bekerja sebagai penjual di pasar-pasar malam dan sebagainya.

Seterusnya 40 % daripada rakyat negara kita (mendapat gaji) pendapatan berada di bawah paras gaji RM 1500 sebulan. Dalam erti kata lain mereka ini berada di bawah paras kemiskinan terutama di bandar-bandar besar seperti Shah Alam, Bangi dan sebagainya.

Secara umum, sebagai contoh rumah sewa di Bangi untuk rumah flet, sewanya sahaja mencecah RM 500 sebulan ; jika hendak dibandingkan dengan gaji RM 1500 sebulan, kita lihat harga (kos sara hidup) itu sangat membebankan.

Dan golongan 40% ini pula hanya mengecap kekayaan ekonomi negara sebanyak 15 % sahaja. Manakala (terdapat) 20% lagi daripada golongan (mewah) mengecapi 50% kekayaan negara.

Sudah tentu kita dapat tafsirkan daripada dua fakta ekonomi yang saya sebut sebentar tadi, mereka ini terdapat jurang ekonomi yang sangat ketara

Pada waktu ini inflasi kita berlegar sekitar 3% dan hutang negara kita pada suku ke-3 tahun ini (2011) negara kita adalah RM437 bilion bersamaan 53% KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) yang peratus tersebut lebih rendah daripada tahun 2007 di mana hutang negara adalah sebanyak 42% daripada KDNK negara pada 2007. Manakala dari segi nisbah pekerjaan, 43% diusahakan oleh kaum wanita.

Tersebut merupakan perkara-perkara yang dibentangkan untuk kita faham dan sebarkan kepada rakan kita yang lain.

Saya berpandangan untuk belanjawan tahun akan datang (2012) yang akan dibentangkan dalam masa terdekat ini, ia seharusnya mencakupi empat (4) prinsip asas yang akan saya bentangkan sekejap lagi.

Pertama, ia seharusnya meringankan beban ekonomi yang dihadapi oleh kita; terutama sekali rakyat-rakyat mendapat gaji yang kurang daripada had gaji minima. Dalam (maksud lain) belanjawan bakal yang dibentangkan boleh meringankan beban ekonomi.

Yang kedua seharusnya belanjawan yang bakal dibentangkan, harapan kita sebagai mahasiswa atau sebagai warga intelek , ia boleh mengurangkan defisit negara sekurangnya (menurun) kepada 4.4% (berbanding) yang difahamkan sekarang 5.6% (tahun ini).

(Tambahan) Kalau GST (Good & Services Tax) dilaksanakan seperti saya baca dalam temuramah dengan Perdana Menteri; jika GST dilaksanakan, boleh mengurangkan defisit kepada 0.1%; maknanya kalau GST dilaksana, boleh mengurangkan daripada 5.6% kepada 5.5% .

Kemudian yang ketiga, kita mengharapkan daripada belanjawan yang bakal dibentangkan, boleh membumikan saluran penyampaian kewangan yang bermakna kepada rakyat. Dalam erti kata lain, kita mahu belanjawan yang dibentangkan harus menekankan aspek ‘efficiency’ dalam erti kata lain, harus menekankan terhadap perkara yang bersifat membanteras ketirisan penyelewangan dan juga rasuah yang berlegar di sekitar golongan tertentu.

Dan keempat, kita mahu belanjawan pada tahun akan datang memperkasa keupayaan rakyat dalam konteks kita hari ini sebagai seorang mahasiswa, kita mahu belanjawan yang dibentangkan mengupayakan potensi kemahasiswaan.

Kita mahu belanjawan turut ada inseftif dalam bidang keusahawanan; ada tambahan perbelanjaan dalam bidang penyelidikan, adanya pertambahan atau peningkatan terhadap aspek-aspek yang diperlukan mahasiswa. Namakan sahaja, kemahiran insaniah, modal insan dan sebagainya.

Untuk perkara itu, dalam jangka masa pendek ini kita mengharapkan (mencadangkan) pertama sekali, pemerintah (kerajaan) dapat menyerap kenaikan kos (contoh) bahan api, barang dan sebagainya.

Yang kedua, mengekalkan bahkan meningkatkan lagi akses pas pelajar (yang sebelum ini) terhad kepada pelajar di KTM (Keretapi Tanah Melayu) mendapat potongan 50%. Kita mahukan selepas ini, potongan-potongan tersebut dilebarkan kepada pengangkutan-pengangkutan awam yang lain seperti bas ekspress, local bas, teksi dan sebagainya.

Ketiga, pinjaman PTPTN ditukar bentuk kepada satu bentuk pinjaman secara total, maksudnya tiada Ujrah. Walaupun ketika ini ia sudah diturunkan kepada 1%, tetapi dari segi maqasid ia tidak menepati maqasid (timbangtara) pengharaman riba; sekiranya ujrah itu sangat tinggi nilainya, ia tidak menepati maqasid pengharaman riba tersebut. Sudah tentu dalam hal ini , kita mahu ujrah itu ditarik balik atau dibatalkan supaya pinjaman yang tiada satu bentuk penambahan diberikan kepada mahasiswa.

Yang seterusnya, untuk jangka masa panjang, PMUKM mengharapkan pihak pemerintah (kerajaan) melaksanakan Akta Gaji Minimum yang pada masa kini belum ada. Kenapa perlu sangat Akta Gaji Minimum? Perkara ini sangat penting kepada golongan-golongan yang berada di kelas bawah atau kedua bawah.

Dengan himpitan ekonomi, lebih-lebih lagi (yang) berada di bandar-bandar besar, sudah tentu perlaksanaan Akta Gaji Minimum ini seharusnya dilaksanakan oleh pemerintah dan disokong oleh badan-badan kerajaan dan agensi swasta dan jika ia dilaksanakan hampir 300 000 pemegang jawatan dalam kerajaan bakal menerima manfaat dengan paras gaji mereka berada dibawah gaji minimum iaitu RM1500.00 sebulan.

Kedua,pemerintah haruslah menaik taraf IPTA2-IPTA yang ada sekarang ini.Belanjawan R&D (Research & Development - Penyelidikan & Pembangunan) pada tahun ini, hanya RM411 juta sahaja kurang dari 1 % belanjawan negara sahaja dan ini berbeza sebagai contoh negara Rusia mereka membelanjakan 1/3 daripada bajet negara mereka untuk bidang pertahanan dan jika diteliti bahagian pertahanan termasuklah dalam bidang penyelidikan sains dan teknologi.

Pengupayaan terhadap IPT harus bersifat menyeluruh dengan menambah geran penyelidikan kepada pensyarah-pensrah dan peyelidik-penyelidik.Bagi mereka yang melanjutkan dalam bidang master dan PhD mendapat skill ataupun mereka ini diberi gaji atau alaun yang tetap dan diberikan bayaran percuma bagi yuran mereka disetiap semesta.

Untuk kes UKM, hanya diberi zamalah kepada mereka tetapi zamalah yang diberikan bersifat terhad iaitu kurang daripada 100 yang mendapatkan zamalah ini nya.tetapi dalam konteks UKM dan d FST sahaja lebih 500 dengan kemasukan semester ini adalah 190 orang pelajar siswazah dan jika digabungkan dengan seluruh UKM lain pasti ia lebih ramai.

Jika dilihat membumikan saluran penyampaian akses kewangan kepada rakyat secara banyak.sebelum ini,yang menjadi isu adalah IPT diberikan subsidi sebanyak 19 bilion dimana perjanjian kerajaan dengan IPT itupun sendiri tidak jelas.Bagaimana setiap tahun IPT ini mendapat 19 billion?

Dan ini menjadi persoalan,sedangkan kalau kita membuat pengkiraan bahawa 19 billion ini ia boleh memberikan biasiswa sebanyak 633 333 pelajar pra-siswazah sebanyak RM30 ribu setiap seseorang bagi pelajar pra-siswazah.

Ini bermaksud setiap tahun,dalam satu sem mereka akan mendapat RM5000.00.Untuk pelajar PhD pula,dengan elaun bulanan RM2300.00 sebulan, RM 19 billion ini boleh menampung pengajian sebanyak 20 000 pelajar PhD itu dari kiraan fakta tanpa menolak pengiraan lain.

Di sini ingin ditegaskan bahawa 19 billion ini,jika dibelanjakan dengan bijaksana kita mampu memberikan manfaat yang sangat banyak kepada rakyat khususnya.

Sehubungan dengan itu,saya menyeru mahasiswa sekalian supaya kita mengambil tahu terhadap perbahasan belanjawan yang akan berlaku dalam masa terdekat ini dan kita selaku mahasiswa harus memberikan pandagan kepada pemerintahan negara,perdana Menteri supaya belanjawan tersebut bersikap adil,menyeluruh dan membumi dikalangan rakyat Malaysia semua.

MENJAWAB TOHMAHAN TERHADAP PMUKM
Seterusnya bagi menjawab,isu yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab iaitu PMUKM sesi kali ini mengariskan peraturan:
1) Pelajar non-Muslim dipaksa memakai tudung.
2) Pelajar UKM dilarang untuk keluar malam.

Pada (peringkat kami) PMUKM kami menafikan tohmahan ini dan menganggap ia perbuatan yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Sekiranya ia benar mengapa sampai sekarang ini tiada penguatkuasaan pemaksaan pemakaintudung kepada non muslim?ini persoalanya.

Kami (peringkat) PMUKM mengakui hak yang dibenarkan oleh Islam kepada bukan Melayu,bukan muslim dan pada masa yang sama kami berharap etika pemakaian haruslah sejajar dengan universiti.

Bagi kes kedua,jika dilihat kaum lelaki bebas sahaja keluar malam tengok bola dan sebaginya.Namun, kaum wanita ataupun siswi keluar malam lebih dari pukul 12 malam adalah sesuatu yang ‘tidak manis’ dan boleh memudaratkan kaum siswi dengan bahaya di luar sana.

Jika seorang ibu sekalipun,pasti akan melarang anak perempuanya keluar sehingga larut malam.Semua ini adalah 'common sense', fitrah dan tabii manusia itu sendiri.

Sekali lagi, saya menyeru untuk semua mahasiswa berusaha untuk membudayakan budaya ilmu seperti speaker conner ini yang merupakan sebahagian daripada agenda yang diskong oleh PMUKM dalam usaha kita untuk memertabatkan ilmu pengetahuan dan kita harus fahami bahawa kemudahan ilmu pegetahuan ini bukan terhad dibilik-bilik kuliah sahaja dan ia seharusnya menjalar dan membumi dalam akativiti-aktiviti pelajar yang lain.

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !