BANGI, 06 Okt. - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (MPP GMUKM) pagi ini tampil memberikan beberapa penjelasan berkenaan isu-isu yang berlegar di kalangan mahasiswa UKM.
Antara isu yang disampaikan pemidato daripada wakil Majlis Tertinggi GMUKM, saudara Mohd Abdullah yang juga merupakan Timbalan Presiden PMUKM berkenaan isu kelewatan biasiswa JPA dimasukkan dan isu haiwan liar yang didapati semakin banyak kebelakangan ini.
Berkenaan isu biasiswa JPA, saudara Mohd Abdullah memaklumkan, Pegawai Bahagian Bantuan/Tajaan Biasiswa JPA , Encik Fharzuq Hasan bin Zulkepli telah memberikan penjelasan panjang lebar berkenaan perihal ini.
"(Pihak) JPA telah menghantar surat meminta pihak Universiti (Jabatan Bendahari) menghantar nama-nama pelajar (pemegang biasiswa JPA) yang aktif. Juga perlu dingatkan, kelewatan pelajar mendaftar kursus juga menjadi penyebab kepada pihak Universiti untuk memberi nama kepada pihak JPA" ujar saudara Mohd Abdullah.
Penjelasan lanjut berkenaan isu kelewatan JPA ini boleh rujuk di entri bertajuk BERITA GEMBIRA : Biasiswa JPA Masuk Esok
Manakala berkenaan isu haiwan liar yang mengganas, saudara Mohd Abdullah memaklumkan perkara ini sudah dibawa ke mesyuarat bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) oleh MPM Wan Fahmi.
Saudara Wan Fahmi pada sesi lepas telah bekerjasama dengan pihak MPKj dalam fasa pertama berjaya menangkap anjing-anjing liar yang berkeliaran sekitar UKM. Entri tersebut boleh dilayari MPP UKM Bersama MPKj, Wisma Aman Komited Tangani Masalah Anjing.
Pada fasa kedua ini pula, saudara Wan Fahmi dalam rangka menangani masalah haiwan liar termasuk anjing, monyet dan babi. Kerjasama ini dijangka sekali lagi melibatkan pihak Unit Keselamatan, Wisma Aman dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
BAJET 2012 - Harapan Mahasiswa
Speaker PMUKM, saudara Arif Misrol yang juga merupakan MPP Siswazah GMUKM, hari ini tampil dengan isu nasional berkisar Bajet 2012 yang dijadualkan dibentangkan tengahari esok, Jumaat 7 Oktober 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Antara harapan yang dizahirkan ;
(a) Mengurangkan defisit negara sehingga 4.4%
(b) Menyalurkan belanjawan dengan efisen terhadap rakyat tanpa ketirisan
(c) Memperkasakan pengupayaan mahasiswa termasuk dalam bidang-bidang kemahiran insaniah, modal insan dan lain-lain.
HARAPAN SISWI - MPP Muslimah
MPP Muslimah bt Marsi yang juga merupakan Naib Presiden 2 pula tampil dengan penerangan berkenaan isu-isu keselamatan khususnya di kalangan siswi UKM.
Antaranya kempen Minggu Kesedaran Keselamatan Motosikal yang sedang berlangsung sepanjang minggu ini.
"Kita perlu sama-sama mengingatkan (isu keselamatan) satu sama lain ketika berada di dalam UKM (dan) juga di mana-mana (kita berada).
"Jika ada rakan-rakan yang memerlukan bantuan, boleh segera memaklumkan ke PMUKM (Persatuan Mahasiswa UKM)," ujar MPP Muslimah.
"Juga diharapkan senior-senior dapat membantu adik-adik yang baru sebulan mendaftar.
" Teruskan dengan kempen Senyum, Sapa dan Salam," sambung beliau lagi.
Sudut Pidato pagi tadi berakhir menjelang pukul 12.30 tengari.
0 comments:
Post a Comment