Mulai tahun 1969 dan 1970, beberapa buah lagi universiti telah diwujudkan seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Kewujudan universiti-universiti ini telah mempengaruhi perkembangan dan kedominan pergerakan mahasiswa.
Sejarah pergerakan mahasiswa di Malaysia banvak mencatatkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa. Seperti yang dimaklumi, menjelang pertengahan 1960'an dan awal tahun 1970'an merupakan tahun-tahun yang penuh cabaran bagi pergerakan mahasiswa di negara ini.
Satu daripada peristiwa penting dalam sejarah pergerakan mahasiswa di negara kita ialah peristiwa 13hb. Mei, 1969. Boleh dikatakan perjuangan politik mahasiswa berikutan tragedi tersebut telah mencapai ke kemuncaknya. lanya berbeza dengan keadaan-keadaan sebelumnya kerana mahasiswa selepas itu telah tampil dengan cara yang paling terbuka menentang kepimpinan Tunku Abd. Rahman dan mendesak beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Ketika itu suasana kampus menjadi amat tegang akibat semangat perkauman yang berpunca dari krisis politik antara mahasiswa berhubung dengan perarakan anti-Tunku dan perlaksanaan Bahasa Malaysia di kampus (Muhammad Abu Bakar,1973). Pada masa ini, semakin ramai mahasiswa yang berasal dari desa dan berlatarbelakangkan kemiskinan berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Golongan inilah yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam pergerakan mahasiswa. Ini adalah.ekoran timbulnya rasa kesedaran tentang perlunya kemajuan di daerah mereka dan masyarakat desa perlu diberi perhatian dan perubahan (Hassan Karim,1984).
Pada ketika itu idealisma pergerakan mahasiswa masih lagi berunsurkan sosialisma. Perjuangan mereka adalah selari dan sealiran dengan Parti Rakyat yang menganuti fahaman sosialisma. Bagaimanapun idealisma tersebut ditentang oleh generasi kemudiannya yang membawa aliran yang berbeza (PMIUM, Meneliti Liku Perjuangan),
Idealisma pergerakan mahasiswa selepas itu telah memperlihatkan suatu perubahan dari berunsurkan sosialisma dan nasionalisma kepada berunsurkan Islam. Ini adalah ekoran dari kembalinya golongan muda yang mendapat pendidikan di luar negara seperti Mesir dan lain-lain. Kebetulan juga diwaktu itu kesedaran Islam (al-wa’yu al-Islami) begitu subur di kalangan masyarakat luar (Wan AIi Wan Jusoh,7989)
Sekadar gambar hiasan |
Mesej Islam mudah diterima oleh pelajar di Institusi Pengajian Tinggi pada masa itu kerana kesedaran Islam dan keinsafan terhadap keagungan Islam juga hasil kekosongan dalam diri oleh kerana kegagalan pendidikan negara yang sekular. Kepimpinan pelajar Islam mula meningkat selepas ia diterajui oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim melalui wadah PKPIM dan PBMUM. Dan selepas itu kumpulan Islam mula mendominasi perkembangan kampus hingga ke hari ini (Muhammad Abu Bakar, 1987)
0 comments:
Post a Comment