Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, October 31, 2011

Student Power! AUKU Ditolak !

STUDENT POWER !!!

Hari ini merupakan satu titik sejarah dalam gerakan mahasiswa kini dengan keputusan mahkamah membenarkan rayuan empat orang bekas mahasiswa UKM (UKM4) dan menyanggah Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti sebagai tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Empat mahasiswa tersebut - Hilman Idham, Ismail Aminuddhin, Azlin Shafina Adzha, Woon King Chai didakwa telah terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada bulan April 2010 walaupun dinafikan oleh mereka.

2-1 : Mahkamah Rayuan Sanggah AUKU
Dalam keputusan Mahkamah Rayuan pagi tadi, Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan Hilman Idham, Ismail Aminuddhin, Azlin Shafina Adzha, Woon King Chaì yang semuanya merupakan bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM.

Dalam keputusan 2-1 penanda itu , dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu. Bagaimanapun, seorang lagi hakim Datuk Low Hop Bing membenarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 28 September tahun lalu.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun lalu telah memutuskan Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak melanggar Perlembagaan selepas menolak saman pemula UKM4.

Bercanggah dengan hak-hak kebebasan asasi
Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada hari ini yang memutuskan bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 bercanggah dengan hak-hak kebebasan asasi yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dilihat di peringkat Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) adalah tepat dan jelas membuktikan perjuangan mahasiswa selama ini berlandaskan undang-undang Perlembagaan.

Perlembagaan Persekutuan, Perkara 10 Fasal Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan;
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Kemenangan 2-1 ini juga jelas membuktikan Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) adalah tidak relevan selama ini sementelah kezaliman dan keangkuhan pihak berkepentingan itu akhirnya bisa rebah juga dibadai keadilan dan kebenaran yang hakiki dan penangan 'Students Power'.

Tindakan menghalang hak-hak asasi manusia ini juga menjadikan negara Malaysia mengamalkan pemikiran ke belakang dan melawan arus arus moden dunia tanpa sempadan masa kini.

Cubaan Sekat 'Student Power'
Cubaan tindakan mengenakan dakwaan terhadap UKM4 ini dilihat cuba menyekat kuasa mahasiwa ini dengan menggunakan undang-undang kuku besi yang bernama AUKU untuk menakut-nakutkan mahasiswa daripada terus menyuarakan kebenaran.

Gabungan Mahasiswa mengucapkan syukur dan gembira di atas kemenangan ini dan pesanan ringkas buat pihak yang masih cuba mengekang suara mahasiswa, ingin disarankan agar "HENTIKAN memperbudak-budakkan mahasiswa! "

Cukuplah mahasiswa dikekang sebegini rupa dan sudah tiba masanya mahasiswa diberikan ruang yang sebebas-bebasnya untuk menyatakan pandangan.

Kejayaan mahasiswa semua
Ringkasnya, ini merupakan kejayaan semua mahasiswa yang mendokong dan menyokong perjuangan menegakkan keadilan buat seluruh mahasiswa.

Terima kasih sekali lagi buat seluruh mahasiswa dan masyarakat yang sentiasa berdoa demi kemenangan di dalam kes ini.

STUDENT POWER ! 

1 comments:

hanya insan biasa said...

erk???

ari 2 SKONG AUKU

ari nie bangkang plak??

mane 1 nie??

ker ikot keadaan.. skjap haram bole jd halal
besokny jdi haram balik
ek??

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !