Kenyataan Media
Mahasiswa Menyokong Usaha Menjaga Kebajikan Rakyat
04 Disember 2010 (Sabtu)
UNTUK EDARAN SEGERA
Seluruh mahasiswa akan bersama mempertahankan hak-hak rakyat dan kebajikan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat. Langkah Kerajaan Selangor dalam member 20 m air percuma kepada rakyat negeri Selangor adalah salah satu usaha murni yang sewajarnye diikuti oleh semua kerjaan negeri yang lain.
Dalam keadaan harga barang, minyak semakin hari semakin meningkat, sudah tentu taraf keperluan rakyat semakin meningkat dan langkah memberikan air percuma sedikit sebanyak dapat meringankan beban tanggungan rakyat Selangor khususnya.
Tetapi, amat malang SYABAS seboleh mungkin terus-terusan ingin menaikkan kadar tariff air yang sekaligus membebankan rakyat Selangor. SYABAS adalah syarikat kerajaan negeri tetapi tidak menjalankan dasar-dasar kerajaan negeri.
Oleh itu, saya selaku Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa dan menyeru mahasiswa Selangor terutamanya dan seluruh mahasiswa yang lain bergabung tenaga dan bersama turun menyatakan hak rakyat untuk menghantar memorandum bantahan kepada Yang Dipertuan Agung esok.
Saya yakin dan percaya, kehadiran mahasiswa esok akan memberikan mesej yang jelas kepada Kerajaan bahawa mahasiswa akan mempertahankan hak-hak rakyat dan mengutuk keras tindakan mana-mana pihak yang membebankan rakyat secara terus-terusan.
Di peringkat mahasiswa, saya mengharapkan seluruh mahasiswa bergabung bersama dengan Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (PERMASIS) yang diketuai oleh Saudara Izzudin Hilmi dan beberapa gerakan mahasiswa yang lain.
MOHD RIDZUAN BIN OTHMAN
SETIAUSAHA GERAKAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
Sumber : Blog SMM
0 comments:
Post a Comment