Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, May 31, 2012

Hak Rakyat Untuk Murka

Isu WWW1 kecoh seketika. Rata-rata yang kecoh adalah rakyat marhean. Mereka terkejut sebenarnya. RM500000 untuk sekeping plat kereta adalah hal begitu melampau buat golongan yang gaji cukup-cukup makan.
Untuk elitis, mungkin itu hal yang biasa. Tiada yang pelik. Ohhh, biasa lah RM500000 untuk plat kereta. Pak arab sekali bida mahu telan RM2-3 juta. Mungkin itu yang terdetik dalam hati mereka.

Wednesday, May 30, 2012

PRU 13 : UKM Anak Ikan UMNO-BN



Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan pemilihan pemimpin melalui ruang pilihanraya. Ruang dan peluang ini perlu dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia baik di bandar, mahupun di luar bandar dalam memilih pemimpin peneraju Malaysia. Pengundian ini adalah kunci kepada hala tuju sesebuah negara kerana undian ini berlandaskan suara majoriti.

Situasi hari ini, suasana disekitar bandar mahupun di kampung-kampung, kelihatan berkibaran bendera-bendera parti politik dengan hasrat menaikkan semangat juang jentera mereka. Namun, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak masih bermain dengan teka teki terhadap tarikh sebenar Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).

Pelbagai ramalan yang kita dengar namun ianya sekadar ramalan kosong selagi tarikh tersebut tidak diperakukan oleh PM Malaysia sendiri. Biarpun, tiada tarikh yang tepat, peringkat jentera parti terus berusaha mempersiapkan kekuatan serta strategi mereka dalam memenangi PRU 13.

Monday, May 28, 2012

Hari Belia Kebangsaan Perlu Pengisian Rohani



Sambutan Hari Belia Kebangsaan menyaksikan Malaysia terus dibajai dengan unsur ‘wasatiyyah’ yang menjadi agenda pembangunan diri belia Malaysia. Perhimpunan Belia yang dianjurkan pihak pemerintah sangat menduka citakan.

Hari ini kebanyakan orang gigih berusaha demi menutup lubang kemaksiatan daripada terbuka, namun tindakan pihak pemerintah pada hari ini seakan-akan bersiul memecahkan penutup lubang tersebut.

Belia adalah nadi pembangunan negara, menjadi pasak pendokong inspirasi negara. Seharusnya, golongan belia perlu diberi didikan yang sewajarnya. Mengenal erti kehidupan yang sebenar berlandaskan syariat Allah. Mereka yang kita lihat menghadiri perhimpunan ini kebanyakannya adalah kaum melayu yakni beragama Islam.

Tuesday, May 22, 2012

Debat Sinar PTPTN: Mahasiswa fokus pada tawaran bukan parti

Akram Ikrami Taib Azamudden
22 Mei 2012
Bahang isu mansuh PTPTN dan pendidikan percuma masih lagi terasa walaupun pelbagai isu muncul mewarnai dunia politik tanah air.

Terbaru, hari ini, akan berlangsung debat berkenaan PTPTN hala tuju pendidikan tinggi, anjuran Sinar Harian, yang bakal memanaskan kembali isu mansuh PTPTN  dan pendidikan percuma.

Debat tersebut menampilkan dua orang tokoh anak muda iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pemuda Umno dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR. Melihat kepada kredebiliti dua tokoh anak muda tersebut, sudah meyakinkan debat tersebut akan berlangsung dengan penuh intelektual dan matang.

Debat tersebut sedikit sebanyak mengimbau debat politik anjuran Himpunan Mahasiswa United Kingdom dan Ireland (UKEC) membabitkan mereka berdua. Mereka berhujah dan mencabar minda mengenai Wawasan 2020 dan benarkah Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai taraf negara maju yang tinggal lapan tahun lagi.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menyokong penganjuran debat ini dan melihat ia satu medium untuk rakyat mendapatkan maklumat secara adil. Pihak Gamis juga yakin bahawa isu ini bukan isu yang dipolitikkan, tetapi isu yang memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat khususnya mahasiswa.

Dari perspektif berbeza, Gamis yakin dengan penganjuran debat ini, ia mampu menyerlahkan lagi peranan kerajaan dan oposisi iaitu saling melengkapi bukannya sekadar mahu melihat parti mana yang lemah atau kuat, hasilnya rakyat akan mendapat keuntungan daripada proses saling melengkapi dari sudut gagasan dan tawaran.

Menariknya, debat ini sejajar dengan kandungan Deklarasi Inspirasi Anak Muda (Inspirasi) yang dilancarkan oleh Gamis pada 25 Mac lalu iaitu dalam membela hak dan kebajikan mahasiswa dalam pembiayaan pengajian.

Akram Ikrami Taib Azamudden, Presiden Gamis

Ber-GM Lebih Baik

Monday, May 14, 2012

Kemenangan Kedua Mahasiswa Lawan Auku!

Muhammad Safwan Anang @ Talib,
Muhammad Safwan Anang
Tanggal 10 Mei lalu telah menyaksikan bagaimana mahasiswa menang buat kali kedua bagi kes mahasiswa mencabar undang-undang drakonian iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mahkamah telah memutuskan kemenangan bagi pihak 5 orang mahasiswa daripada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) apabila mereka telah mencabar keputusan penggantungan 5 orang pelajar KUIN yang didakwa bersalah atas perbuatan melakukan demonstrasi di dalam kawasan kolej Mei 2011.

Kemenangan pertama mahasiswa adalah apabila mahkamah juga telah memutuskan kemenangan bagi pihak 4 orang mahasiswa daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah di dakwa melanggar AUKU kerana terlibat dengan kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Akhirnya mahkamah juga telah memutuskan kemenangan bagi pihak mahasiswa walaupun selepas itu kedengaran Perdana Menteri akan membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan pula.

Perkara ini sangat mendukacitakan kerana sebelum diputuskan kemenangan mahasiswa tersebut, kerajaan juga telah membuat pengumuman penting bahawa mahasiswa akan dibenarkan terlibat dengan politik setelah AUKU dipinda.  Mahasiswa masih ragu dengan perubahan yang bakal dilaksana oleh kerajaan melihat kepada senario yang melanda dalam kes 4 mahasiswa UKM ini.

Thursday, May 10, 2012

Pro Mahasiswa dedah Najib dalang penangguhan pilihan raya kampus

(Oleh Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 8 Mei: Gagasan Pro Mahasiswa Nasional (PMN) yang mewakili kumpulan pelajar pro mahasiswa mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi dalang penangguhan pilihan raya kampus.

PMN mempunyai bukti terdapatnya campur tangan politik Umno BN yang diterajui Najib untuk melewatkan tarikh pilihan raya kampus.

“Berdasarkan sumber kukuh, satu operasi khas telah ditubuhkan yang didalangi Pejabat Perdana Menteri yang dinamakan ‘Opss 2020′.

“Jika kita teliti, pola kalah-menang, sepanjang tahun 2007 hingga 2011, kita dapat saksikan graf penurunan sokongan mahasiswa terhadap calon pro Umno (Pro Aspirasi) dan peningkatan sokongan terhadap calon pro mahasiswa,” kata PMN dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut PMN, sekiranya trend itu kekal, ia akan menjadi mimpi ngeri kepada Umno BN dan Najib untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

PMN berkata, Opss 2020 berperanan memastikan pilihan raya kampus kali ini tidak akan memberi sebarang kebangkitan moral kepada Pakatan Rakyat sebelum menjelang PRU 13.

Operasi itu juga katanya, akan digunakan sebagai indikator dan simulasi bagi mempengaruhi undi anak muda memandangkan tidak akan ada lagi pilihan raya kecil buat masa ini sehingga PRU 13 berlangsung.

Menurut PMN, baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengadakan perbincangan dengan pentadbiran Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) agar tarikh pilihan raya bagi sesi 2012/2013 dilewatkan kepada September 2012.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dipilih pada sesi lepas telah tamat tempoh berkhidmat pada Mac lalu,” katanya.

PMN berkata, Opps 2020 jelas menunjukkan Umno BN begitu terdesak berhadapan dengan PRU 13 khususnya bagi memenangi hati mahasiswa dan anak muda.

Katanya, Umno BN telah masuk ke kampus membunuh idealisma perjuangan mahasiswa dan anak muda yang semakin menolak politik kotor, lucah dan tidak matang yang dibawa mereka.

PMN berpendirian, tindakan melengah-lengahkan proses pemilihan Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa merupakan satu tindakan yang tidak demokrasi dan berniat jahat.

“Justeru, PMN bersama rakan-rakan front aktivis mahasiswa mengadakan siri perhimpunan aman pada Mac lalu di hadapan KPT untuk menyerahkan memorandum bagi menuntut agar pilihan raya kampus diadakan segera.

“Malangnya KPT hanya menghantar wakilnya menerima memorandum tuntutan mahasiswa di luar pintu sahaja. Ini menunjukkan Menterinya, Datuk Seri Khalid Nordin tidak serius dan gagal mempamerkan kredibiliti beliau dalam melayani isu-isu mahasiswa,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30073

Sumber : KeadilanDaily.com

Wednesday, May 9, 2012

Isu CESMED Terus Diperhalusi PMUKM


Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sesi 2010/2011 terus mewakili mahasiswa UKM dengan membawa suara mereka ke peringkat pentadbiran universiti. 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melancarkan Syarikat Terbitan Universiti (STU) dan Perasmian Pusat Pembangunan Keusahawanan (UKM-CESMED) dan Syarikat Kecil dan Sederhana (EKS) pada 31 Januari 2011. Artikel penuh boleh rujuk di sini.



Pada 3 Jun 2011, Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan hadir pada perjumpaan bersama Pusat Pengajian Umum (PPU) yang bertujuan membincangkan penstrukturan semula kursus yang ditawarkan PPU. Hasilnya, Subjek Inovasi Dan Keusahawanan (CESMED) dikategorikan sebagai kursus pembangunan diri.

Susulan perlaksanaan ini, Bendahari Kehormat merangkap Pengerusi Biro Keusahawanan dan Kerjaya PMUKM 2010/2011, saudari Nurazidah Binti Mashan mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap usaha perlaksanaan Subjek Inovasi Dan Keusahawanan (CESMED).

Beberapa program awal telah dianjurkan PMUKM hasil perbincangan bersama pihak Pengurus Pembangunan EKS dan Inkubasi Niaga CESMED, Encik Padlee Akirul. Program yang dianjurkan oleh pihak PMUKM tersebut adalah Program Pembangunan Keusahawanan dan Kerjaya 2011 . Objektif yang ingin dicapai adalah memberi pendedahan serta menanam minda usahawan dalam kalangan peserta program.

Baru-baru ini, Saudara Muhammad Helmi Othman turut mewakili PMUKM menyahut perlaksanaan Kursus Pembangunan Diri ini. Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) melihat usaha murni daripada Sekretariat Aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia (ASPIRASI) sebagai satu respon mereka terhadap isu CESMED dan menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh MPP GMUKM,saudari Nurazidah Binti Mashan. 

Sokongan serta respon terhadap isu CESMED ini merupakan agenda bersama. ASPIRASI turut menyokong perlaksanaan CESMED dengan beberapa pindaan. Perbincangan bersama pihak pentadbiran dihadiri oleh wakil GMUKM, kini ASPIRASI sebagai satu rakan “Semak-Imbang” terhadap perlaksanaan program ini. 

Soal pengurusan yang sistematik perlu ditekankan supaya hasrat murni pentadbiran UKM tidak sia-sia. Penerapan nilai-nilai keusahawanan dalam diri mahasiswa perlu mendapat sokongan daripada pengurusan yang sistematik. GMUKM khuatir sekiranya perlaksanaan ini dilihat tidak strategik, proses penerapan tersebut pasti terganggu.

Justeru itu, GMUKM berharap agar kursus pembangunan diri ini terus berlangsung dengan sistematik. Usaha ini memastikan agar nilai tambah terus wujud dalam diri mahasiswa UKM. GMUKM turut berharap agenda PMUKM terus subur dengan suasana harmoni dan damai dalam kalangan pimpinannya.

Ber-GM Lebih Baik!

Wednesday, May 2, 2012

GMUKM Tolak Fitnah Admin Aspirasi Kampus UKM


Semalam saudara Mohammad Abdullah Mohamed Yusoff (gambar), ahli Majlis Perwakilan Pelajar Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan Aspirasi Kampus UKM.

Aspirasi Kampus UKM sebelum ini mendakwa saudara Mohammad telah membatalkan forum PTPTN dan AUKU pada minit terakhir sebelum forum bermula. 

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menyelar sekeras-kerasnya tindakan Aspirasi Kampus UKM di laman sosial Facebook. Tindakan ini secara jelas ingin mengaibkan saudara Mohammad pada pandangan masyarakat umum.

Rakan-rakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, tindakan ini bukanlah yang pertama diterima oleh kebanyakan MPP yang berpihak kepada GMUKM. Namun, tindakan kali ini jelas menunjukkan perasaan hasad dengki yang tidak terhingga oleh pihak Aspirasi Kampus UKM terhadap GMUKM.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !