Dengan tema “ Aspirasi Sepakat Transformasi Gemilang”, tiada yang menarik boleh diperkatakan dengan Ucapan Dasar Presiden PMUKM pada tahun ini. Jelas bahawa ucapan dasar pada tahun ini hanya lebih bercorak retorik semata-mata dan bukannya ingin memacu perubahan kepada mahasiswa UKM itu sendiri.
Boleh dikatakan bahawa ucapan dasar ini hanya bersifat sementara sahaja. Dengan suara terketar-ketar, jelas ucapan ini yang dibacakan oleh Saudara Nasir hanya sekadar untuk memenuhi jadual watikan perlantikan MPP. Tiada kandungannya yang boleh melonjakkan nama UKM itu sendiri. Wartawan GMUKM diberitahu oleh MPP Mahasiswa yang hadir pada malam itu bahawa Naib Canselor menegur ucapan dasar itu yang tiada kekuatan. Lebih banyak mengadu permalasahan daripada memberikan lonjakan kepada UKM itu sendiri. Sedangkan permasalahan ini boleh diutarakan di dalam Mesyuarat Pengurusan. Dan beberapa pegawai kanan UKM yang hadir pada malam itu, turut sependapat dengan Naib Canselor berkaitan ucapan dasar ini.
Wartawan GMUKM turut berkesempatan meneliti isi kandunagan ucapan dasar ini. Dan terbukti bahawa dakwaan itu ada benarnya. Sebanyak 3 muka surat penuh bercerita tentang hal-hal kecil yang tidak dapat diselesaikan pimpinan PMUKM dahulu, yang dibawa oleh PMUKM sekarang. Antaranya seperti meminta tambahan tiang lampu, memperbaiki lampu kolej kediaman, mengawal haiwan liar, menambah kawasan letak kawasan kenderaan dan pelbagai lagi isu kecil lain yang boleh diselesaikan dalam Mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU). Bukannya ucapan dasar yang menjadi pegangan sesebuah Persatuan sepanjang tempoh pemerintahan.
”Kami sebagai MPP pula ingin memohon kepada pihak pengurusan atasan Universiti agar dapat menyediakan satu set meja mesyuarat di dalam pejabat PMUKM bagi memudahkan kami membuat perbincangan mengenai masalah-masalah pelajar yang semakin meningkat setiap tahun. Oleh itu, kami merayu dan bertekad supaya perhatian yang lebih serius akan diambil oleh pihak pengurusan atasan Universiti bagi membantu menyelesaikan perkara ini...”
Inilah petikan ucapan dasar tersebut. Jelas bahawa agenda peribadi dimuatkan dalam ucapan dasar ini. Selaku pimpinan mahasiswa, mereka tidak boleh menggunakan alasan sekiranya ingin membantu mahasiswa, mereka perlu mendapatkan satu set meja mesyuarat baru sebelum menyelesaikan permasalahan ini. Ini adalah satu tindakan seperti budak-budak. Adakah meja mesyuarat baru menjadi pra syarat penting untuk membantu masalah mahasiswa? Inilah yang dikatakan sebagai pemimpin mahasiswa yang lahir daripada sistem, bukannya lahir daripada suara mahasiswa itu sendiri. Wartawan GMUKM turut mendapat maklumat bahawa meja itu sebenarnya sudah ada di Aras 2 Pusanika (Belakang Restoran). Cuma ia tidak lagi digunakan dan dibiarkan sarang maksiat dan bersepah dengan longgokan sampah. Jadi rasanya tidak perlu agenda meja mesyuarat baru dimasukkan ke dalam Ucapan Dasar.
Secara rumusannya, sekiranya ucapan dasar ini menjadi ukuran, sudah pasti berlaku ketempangan dalam pengurusan kebajikan mahasiswa itu sendiri. Jelas bahawa tema ”Aspirasi Sepakat Tranformasi Gemilang” adalah lebih kepada omongan kosong dan hendaklah ditukar kepada ” Aspirasi Berpakat, Tranformasi Temberang” dalam tema ucapan dasar ini.
0 comments:
Post a Comment