Ketidakhadiran Presiden PMUKM dalam wacana MPP semalam amat mendukacitakan hadirin. Sepertimana kata-kata moderator malam semalam, sepatutnya MPP Aspirasi wajar duduk sepentas dengan MPP mahasiswa dalam menjawab isu persoalan yang ditimbulkan oleh mahasiswa.
Dalam wacana semalam, semua wakil MPP mahasiswa memenuhi barisan panelis pada malam tersebut. Wakil FUU, Phoon Khar Liang terpaksa menggantikan Saudara Nasir, Presiden PMUKM baru di saat-saat akhir akhir penarikan pemimpin mahasiswa no 1 di UKM itu. Wartawan GMUKM cuba bertanyakan kepada Pengarah Program dan jawapan yang diterima adalah Saudara Nasir mempunyai rehearsal majlis watikah. Walaubagaimanapun, sumber yang sahih menyatakan bahawa rehearsal hanya diadakan pada sebelah petang hari ini (11 Februari)dan bukannya semalam, sewaktu wacana berlangsung.
Bukan niat untuk mengutuk sesiapa. Tetapi atas kebajikan mahasiswa, Saudara Nasir perlu datang untuk menjawab persoalan mahasiswa pada malam tersebut. Beliau perlu ingat bahawa agenda mahasiswa lebih penting daripada agenda peribadi. Takkan penyertaan dalam wacana, memerlukan pertanyaan ramai pihak. Sepertimana kata-kata wakil panelis non partisan, Saudara Ahmad Daniel Roslan yang menyatakan bahawa ketidakhadiran Presiden PMUKM memberikan kesan negative terhadap kepimpinan mahasiswa. Pemimpin mahasiswa perlu berani menghadapi mahasiswa itu sendiri dan tidak perlu menyorok atau memberikan alas an sekiranya keutamaan mahasiswa diutamakan.
Jelas di sini bahawa wartawan GMUKM tidak ingin mendedahkan pekung seseorang. Tetapi ketidakhadiran Presiden memberikan signifikan jelas bahawa jawatan Presiden adalah lambing kemegahan semata-mata. Kepada Presiden PMUKM, anda perlu utamakan mana yang perlu dan mana yang tidak penting. Wartawan GMUKM tertarik dengan serangkap sajak Makasar yang diungkapkan oleh Saudara Hisyamuddin Che Ali, panelis ke-3 yang berbunyi,’’ Anak lelaki perlu dihirau panjang. Jika belayar di tengah lautan, walaupun ombak menjulang, robek kayuhnya, dia tidak belayar pulang ke daratan’. Maksudnya panelis tersebut adalah berkaitan sikap anak jantan, yang sedia menghadapi rintangan walaupun ia sukar dan membebankan.
Wacana pada malam itu jelas berpihak kepada satu pihak sahaja. Wartawan GMUKM berharap, untuk menebus dosa MPP Aspirasi, mereka perlu menyediakan gelanggang debat dan menjemput wakil MPP Mahasiswa secepat mungkin, bagi menutup kelemahan mereka semalam. Kesimpulannya, ketidakhadiran Presiden PMUKM telah menimbulkan 1001 pertanyaan kepada mahasiswa yang hadir pada malam itu.
0 comments:
Post a Comment