12 MPP Mahasiswa telah menyatakan kesepakatan untuk melancarkan sebuah visi, misi dan objektif pembawaan MPP GMUKM pada tahun ini. Walaupun hanya VMO itu dibuat di dalam UKM sahaja dan bukannya di hotel 3 bintang, tetapi ia telah berjaya menyerlahkan apa yang dimahukan mahasiswa pada hari ini. Dengan tema “ Bergerak Seiringan Memimpin Perubahan ”, 12 MPP Mahasiswa berkeyakinan dan mampu untuk memacu perubahan berdasarkan 3 dasar utama iaitu kebajikan, keintelektualan dan falsafah UKM itu sendiri. Berikut merupakan Visi, Misi dan Objektif pembawaan MPP GMUKM pada tahun ini.
Visi
Membina masyarakat kampus berlandaskan acuan kebenaran dan keadilan sejagat melalui penerapan nilai-nilai murni.
Misi
1)Mendominasi pemikiran dan tindakan mahasiswa dengan kebenaran dan keadilan sejagat
2)Menggerakkan organisasi MPP secara professional dengan pengurusan yang efektif dan dinamik
3)Melahirkan mahasiswa ukm yang cemerlang dari sudut akademik dan sahsiah
4)Memenangi hati mahasiswa yang telah mengundi MPP Mahasiswa
OBJEKTIF:
1)Mendominasi pemikiran dan tindakan mahasiswa dengan kefahaman kebenaran dan keadilan sejagat
-membina jaringan yang baik dengan seluruh persatuan dan kelab di Universiti Kebangsaan Malaysia
-Memupuk budaya ilmu di kalangan mahasiswa ukm
-Mewujudkan dan memperluas engagement dengan tanpa mengira agama dan bangsa
-Memaksimumkan penggunaan sumber tenaga untuk menghadapi pihak lawan
2)Menggerakkan organisasi MPP secara professional dengan pengurusan yang efektif dan dinamik
-Mewujudkan sistem pengurusan organisasi yang tersusun melalui kewujudan kabinet bayangan
-Menzahirkan imej MPP yang professional dan mempunyai softskill yang tinggi
-Membina hubungan baik dengan pihak pentadbiran dan pengurusan universiti
3)Melahirkan mahasiswa UKM yang cemerlang dari sudut akademik dan sahsiah
-Memastikn sekurang-kurangnya 50 peratus graduan UKM mendapat pekerjaan setelah bergelar graduan
-Membudayakan program-program keintelektualan dan mengurangkan budaya hedonisme dalam kalangan mahasiswa bagi melahirkan masyarakat yang bermoral
-Memastikan 75 peratus mahasiswa mendapat CGPA 2.80 keatas dan minimum 2.3 ke atas
4)Memenangi hati mahasiswa yang mengundi MPP Mahasiswa
-Menjadi pembangkang yang kuat dengan bersifat check and balance kepada PMUKM
-Menzahirkan imej MPP yang mesra mahasiswa serta menjadi role model kepoada mahasiswa UKM. (Kepimpinan melaui Tauladan)
0 comments:
Post a Comment