Jawatan Senator akan diwujudkan di dalam PMUKM. Itulah khabar angin yang kuat sampai ke pengetahuan wartawan GM. Dikatakan bahawa jawatan Senator akan diberikan kepada 12 orang calon Aspirasi yang tewas dalam PRK 15 Januari lalu.
Jawatan Senator ini dikatakan sebagai menghalang suara lantang 12 MPP Mahasiswa di dalam meting PMUKM. Nampaknya inilah usaha terdesak Aspirasi yang sebelum ini telah melakukan kezaliman dengan tidak memberikan jawatan exco kepada MPP Mahasiswa (GMUKM).
Saudara Hisyamuddin Che Ali, MPP Umum tahun 3 yang dihubungi oleh wartawan GM berhubung perkara ini menyatakan bahawa beliau terdengar akan desas-desus ini dan mengganggap sekiranya ia berlaku, ia akan menafikan hak mahasiswa yang mengundi calon GMUKM pada PRK kali ini.
" Tindakan melantik Senator di kalangan calon Aspirasi yang kalah membuktikan bahawa pihak Aspirasi sanggup menggunakan apa-apa strategi bagi menghalang suara mahasiswa kedengaran dalam mesyuarat MPP"
" Kami seramai 12 orang akan menentang pencabulan demokrasi ini dan akan menggunakan peraturan Mesyuarat MPP untuk menghalang perkara ini" , tegasnya.
Menurutnya lagi bahawa dalam Peraturan Mesyuarat MPP menyatakan bahawa setiap perubahan dalam mesyuarat MPP memerlukan sokongan 2/3 mejoriti ahli mesyuarat.
Pada PRK lalu, GMUKM telah berjaya menafikan 2/3 majoriti Aspirasi dengan memenangi 12 daripada 33 kerusi yang dipertandingkan. Aspirasi perlukan sekurangnya majoriti 11 kerusi untuk membentuk majoriti 2/3 dalam PMUKM
Sementara itu, Saudara Fikah Sanusi, yang juga merupakan calon umum tahun 3 turut menyatakan kekesalan terhadap isu ini dan akan melawan habis-habisan sekiranya senator dilantik di dalam Mesyuarat MPP.
0 comments:
Post a Comment