Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, February 13, 2009

FORUM Analisis PRK : Aspirasi gagal jadi pemimpin tulen

301 FSSK – Forum Analisis Pilihanraya Kampus anjuran Persatuan Mahasiswa Sains Politik berjaya dilangsungkan walaupun ketidakhadiran panelis asal forum tersebut, Safarizmal Saad dan panelis gantian, Intan Zanariah, MPP FSSK tahun 3.




Sudah menjadi satu trend, bahawa wakil MPP Aspirasi gagal untuk hadir ke dalam program yang melibatkan penglibatan wakil MPP Mahasiswa. Mereka bertindak seperti keanak-anakan, dengan menarik diri di saat-saat akhir dengan alasan yang pelbagai dan tidak munasabah. Sepertimana peribahasa melayu yang menyebut, ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Begitulah juga tindakan-tindakan para ahli MPP Aspirasi, yang mengikut gaya sikap Presiden mereka, Nasir, MPP Tahun 3 FEP yang gagal hadir di Wacana Mahasiswa Selasa yang lalu. Hal yang sama berlaku dalam forum anjuran Persatuan Mahasiswa Sains Politik, ketidakhadiran orang sepatutnya menyebabkan forum itu berlangsung agak janggal dan wujud lompang kerana barisan panelis yang dihantar adalah ibarat tangkap muat sahaja.




Wartawan GMUKM berkesempatan menghadiri forum tersebut. Dengan niat asal untuk membuat laporan tentang perjalanan forum tersebut. Juga ingin melihat kelibat Intan Zanariah yang juga seorang Speaker (yang sebelum ini dikatakan oleh ramai pihak sebagai seorang yang mudah berhujah dan melenting). Tetapi sayang seribu kali sayang, ketidakhadiran Intan jelas mengecewakan wartawan GMUKM pada malam semalam.




Walaubagaimanapun, wakil Aspirasi tetap hadir pada malam itu. Mereka menampilkan MPP Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat (FTSM), Saudara Rezwan Shah Rusmi yang juga exco Sukan dan Rekreasi. Tetapi kehadiran panelis ini lebih sekadar menjadi bahan ketawa hadirin yang datang disebabkan oleh hujah yang dikeluarkan olehnya. Inilah satu bukti bahawa MPP Aspirasi bukannya pemimpin tulen buat mahasiswa. Adakah logik sekiranya alasan pengunaan nombor siri di kertas undi adalah disebabkan oleh kerana tiada tercatat no matrik di dalam kertas undi? Fikirkan wahai pembaca. Inilah hujah yang dikeluarkan oleh MPP kita. Juga berkaitan isu di Perak, beliau tidak mahu menjawab kerana diperkatakan menyalahi AUKU. Katanya ia bukan akademik dan hanya politik. Waduh...sudah pening kita semua. Kalau macam tu, kalau kita bercakap soal hp, soal email, soal keluarga, ia sudah dianggap menyalahi AUKU? Kerana ia bukan perkara akademik. Jelas bahawa kehadiran MPP Aspirasi itu lebih kepada penyerahan untuk menjadi ”punching bag” pada malam itu.




Forum kali ini berjaya mendedahkan situasi sebenar MPP Aspirasi. Diharap mahasiswa dapat membuat perubahan dalam PRK akan datang. Janganlah memilih pemimpin yang gagal menjawab persoalan diajukan, tetapi lebih banyak membuat retorik dan mencaca marbakan soalan yang diajukan.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !