Episod sama berlaku. Aspirasi gagal melaksanakan prinsip demokrasi dan lebih mengutamakan sikap diktator dalam pemilihan PMUKM. Mengikut sumber terkini, berikut merupakan senarai lengkap jawatan PMUKM sesi 2008/2009 :
Presiden : Mohamad Nasir Mohamed Nazri
Speaker : Nor Intan Zanariah Abd. Aziz
Speaker (Kampus Kuala Lumpur) : Azmeer Rosly
Timb. Presiden :
Setiausaha Agung : Siti Nazihan Hj. Abd. Rahman
Timb. Setiausaha Agung : Woo Juin Onn
Bendahari Kehormat : Low Weng Wai
Naib Presiden I : Huan Chin Guan
Naib Presiden II : Murugadas a/l Gunaseelan
Naib Presiden III : Suriani Ding
Pengerusi Exco Kebajikan : Mohd Rashidi Ismail
Pengerusi Exco Konvokesyen dan Hubungan Alumni : Mohamad Nasir Mohamed Nazri
Pengerusi Exco Integrasi Kaum dan Hubungan Antarabangsa : Lim Hooi Shan
Pengerusi Exco Kerohanian : Mohd Helmi Yazid
Pengerusi Exco Pembangunan Akademik : Nur Hamizah Othman
Pengerusi Exco Latihan dan Kepimpinan : Norliana Azhar
Pengerusi Exco Kesenian dan Kebudayaan : Lim Yang Chao
Pengerusi Exco Keusahawanan : Desmayanti Khaidir
Pengerusi Exco Sukan dan Rekreasi : Mohd Hamzah Zainul Abidin
Pengerusi Exco Informasi dan Penyelidikan : Muhammad Rezwan Shah Rusmi
Pengerusi Exco Hubungan Industri dan Masyarakat : Nur Fhathyhah Razali
Pengerusi Exco Tugas-tugas Khas : Muhammad Shamil Suhaimi
Wakil FPEND (Umum) : Mohd Faez Mat Zin
Wakil FPEND (Tahun 2) : Muhamad Faiz Ismail
Wakil FPEND (Tahun 3) : Affandi Abdul Rahman
Wakil FUU (Umum) : Hisyamuddin Che Ali
Wakil FUU (Umum) : Mohd Fikah Sanusi
Wakil FUU (Tahun 3) : Phoon Kar Liang
Wakil FPI (Tahun 2) : Mohd Idris Mohd Yussoff
Wakil FPI (Tahun 3) : Mahfuzan Gaddafi Mahmud
Wakil FKAB (Tahun 2) : Sarzliana Soaidin@Djuhar
Wakil FST (Tahun 3) : Mohd Arif Misrol
Wakil FFAR (Tahun 2) : Muhammad Hafizul Amin Khalid
Wakil FPER (Tahun 3) : Wan Nuruddin Shah Wan Johan
Paling mengejutkan, keenganan pihak Aspirasi untuk memilih wakil MPP dalam kepimpinan PMUKM. Walaupun ada yang memenangi kerusi Umum, mereka dikelaskan sebagai Wakil Fakulti, sedangkan mereka adalah wakil UMUM. Kerusi UMUM adalah diibaratkan sebagai ahli Parlimen. Sepatutnya diberikan jawatan sebagai Majlis Tertinggi, bukannya tiada jawatan. Ini jelas satu diskriminasi. Dengan perlantikan wakil Fakulti sebagai Presiden, ia jelas satu keputusan yang tidak matang. Dan lebih mengejutkan, Presiden ini turut dibebankan dengan jawatan sebagai Pengerusi Exco Konvokesyen dan Hubungan Alumni, satu lagi bebanan untuk presiden yang belum lagi teruji dalam kepimpinan organisasi. Memang dikatakan bahawa beliau pernah terlibat dalam Pesta Konvo, tetapi situasi ia tidak sama dengan sekarang. Dengan dua jawatan besar, sudah pasti ada satu jawatan yang terkorban. Sama ada Presiden atau Pengarah Pesta Konvo. Kedua-dua entiti penting. Jelas Presiden kali ini seorang yang gilakan jawatan. Itulah padah sekiranya politik kotor Aspirasi bermain dalam kepimpinan PMUKM. MPP GMUKM langsung tidak diberikan apa-apa jawatan hatta sebagai Timbalan Exco.
Paling mengejutkan juga, perlantikan Speaker (Kampus Kuala Lumpur), Saudara Azmeer Rosly. Ini pertama kali dalam sejarah, dua orang Speaker dalam sesuatu mesyuarat. Adakah ini cara terdesak untuk menghalang 12 suara MPP GMUKM yang lantang dalam mesyuarat pertama sebelum ini? Hanya Aspirasi ada jawapannya.
Jelas dalam organisasi PMUKM kali ini, ia lebih sekadar tangkap muat dan bukannya untuk menjaga kebajikan mahasiswa itu sendiri. Mereka gagal menterjemahkan semangat kewujudan PMUKM yang digariskan oleh Perlembagaan UKM yang diperuntukkan bahawa PMUKM adalah bertujuan menjaga kebajikan mahasiswa, bukannya kebajikan sempit Aspirasi. Sedangkan MPP GMUKM, ada yang menjadi presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti, Anak Negeri bahkan Kelab serta teruji dalam banyak penganjuran program. Juga disebabkan kematangan usia mereka yang rata-rata tahun akhir dan bukannya Aspirasi, yang hanya ada 4 orang MPP tahun akhir berbanding GMUKM seramai 10 orang. Persoalan besar di sini, adakah ’adik-adik’ MPP Aspirasi boleh memegang amanah yang dipertanggungjawabkan, atau sekadar menjadikan jawatan itu sebagai lambang kemegahan semata-mata seperti tahun sebelum ini.
1 comments:
blah la, kalu GM menang pn xkn bg jwatan kt aspirasi gak
Post a Comment