Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, February 15, 2009

Bengkel Bakal Calon VS Bengkel Selepas Calon

Hujung minggu, MPP Aspirasi sedang ‘berseronok’ berada dalam bengkel yang paling mewah dalam hidup mereka : iaitu bengkel organisasi anjuran JPPel. Bengkel ini merupakan ulangan episode penganjuran bengkel calon yang dikhabarkan menelan belanja beratus-ratus ribu (bayangkan makanan RM 35 untuk seorang bagi makanan tengahari darab dengan 159 peserta..5565..untuk makan tengahari sahaja)

Menikut maklumat wartawan GMUKM, penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk meraikan MPP yang penat lelah dalam PRK. Di samping sebagai medan pembelajaran pngurusan organisasi oleh MPP. Khabarnya juga, 12 wakil MPP GMUKM memboikot bengkel tersebut. Sebagai tanda protes awal mereka terhadap pembaziran wang pembayar cukai.

Dalam bengkel tersebut, akan ada slot seperti cara membuat kertas kerja, cara pengurusan kewangan dan juga perancangan PMUKM 2009. Persoalan yang perlu kita Tanya sekarang, perlu ke kita melaksanakan satu program di Hotel (Sri Malaysia Port Dickson) semata-mata untuk pengisian slot tersebut? Adakah ia sekadar untuk menghabiskan duit rakyat dan mahasiswa? Sedangkan kita tahu, dunia semakin gawat. Dan ekonomi Malaysia tidak terkecuali menimpa bencana ini.

Justeru, Wartawan GMUKM persoalkan kembali kepada MPP Aspirasi. Adakah anda sanggup makan secara buffet (kurang-kurang 15 jenis makanan), juga tidur di boleh hotel seorang dua bilik, dan juga dapat bersenda gurau dengan rakan-rakan di tepi pantai…sedangkan mahasiswa ada yang mengikat perut kerana sudah kehabisan duit biasiswa dan pinjaman. Ada yang sudah mencatu makanan untuk hidup di kampus sehingga hujung semester nanti. Dan adakah MPP Aspirasi fikir, akan nasib warga miskin di Malaysia. Anda semua tentu sudah tertengok rancangan Bersamamu..bagaimana nasib rakyat Malaysia yang dhaif. Dan paling jauh lagi, adakah anda wahai MPP Aspirasi terfikir, untuk menolong umat islam di Palestin.

Itulah sifat sebenar MPP Aspirasi. Selalu bermewah-mewah dalam pelbagai hal. Selulu dipeti sejukkan oleh HEP untuk tidak bersuara lantang membela mahasiswa. Di sini kita dapat lihat, ibarat langit dan bumi MPP Aspirasi dan MPP Mahasiswa. MPP Mahasiswa lebih telus dan bersedarhana dan selalu memikirkan masalah mahasiswa berbanding Aspirasi, yang akan berfikir cara bagaimana mahu hidup seperti raja di UKM ini.. Juga tempat luar negara mana mahu pergi melancong bagi tradisi PMUKM Aspirasi.

Wartawan GMUKM melihat bahawa penganjuran bengkel ini lebih sekadar memenuhi kepentingan pihak tertentu. Apa salahnya sekiranya bengkel ini dilakukan di UKM sahaja. Kita ada Puri Pujangga, Danau Golf, Auditorium Siswa..Atau sederhana, buat je di dewan kuliah fakulti. Tetapi adakah tahap pemikiran mereka ke arah itu. Kita boleh menilainya sendiri.

Jelas bahawa bengkel ini mengiyakan hujah GMUKM sebelum ini yang menyatakan bahawa hanya bengkel selepas menjadi calon lebih relevan berbanding sebelum menjadi calon. Persoalan perlu ditanya, bagaimana mereka-mereka yang hadir ke bengkel bakal calon, yang tidak menjadi calon pada PRK lalu. Adakah mereka sudah matang dan mahir tentang halatuju UKM. Wartawan GM berani menyatakan bahawa mereka hanya ingat keselesaan tempat tidur dan kesedapan juadah disediakan.

Jadi jelas menunjukkan bengkel bakal calon adalah tidak relevan. GMUKM akan membantah sekeras-kerasnya sekiranya penganjuran program dilakukan adalah untuk kepentingan pihak tertentu, dan pada masa menafikan hak mereka yang sepatutnya dibantu.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !