Gabungan Mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia bersetuju dengan pengajuran debat yang bertajuk “Demontrasi
Jalanan : Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi” oleh Sinar Harian. Debat ini akan
disiarkan oleh Astro AWANI bermula jam 9.00 Malam.
Debat ini akan berlangsung di
Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 17, Shah Alam. Begitupun, bagi
rakan-rakan yang mengidam untuk melihat Dr. Maszlee Malik beraksi selaku moderator
debat, pasti tidak kesampaian niat di hati. Ini kerana, debat ini akan
dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu
Bakar.
Debat ini menampilkan dua tokoh
utama, figura wajib dalam medan perjuangan mereka yakni politik. Datuk
Saifuddin Abdullah yang mewakili Ahli Majlis Tertinggi UMNO akan beraksi di
pentas debat bersama seteru politik PAS yang diwakili Salahuddin Ayub, Naib
Presiden PAS.
Tajuk yang dibahas pada malam ini
menjadi liputan hangat buat segenap lapisan masyarakat untuk menilai setiap
inci mahupun sudut pandangan pemimpin berlainan parti. Keyakinan mereka perlu
diperhati dalam membuktikan kesungguhan mereka dalam melaksana dasar parti
masing-masing.
GMUKM menjangkakan susana debat
pada malam ini akan hangat dengan fakta serta kurang beremosi, tidak seperti
siri debat yang pernah Sinar Harian anjurkan. Ini hanya gambaran awal dan tidak
semestinya betul!
Sehubungan itu, GMUKM selaku
badan bebas menyeru kepada rakan-rakan mahasiswa untuk turut serta mendengar
liputan ini. Umumnya diketahui isu demonstrasi menjadi perbualan hangat serta ‘peluru’
wajib ada disediakan oleh golongan pengampu HEP.
GMUKM turut optimis dengan segala
tolakan undangan yang telah diberikan kepada pihak tersebut untuk bersama
berdebat.
Link radio online : http://radio24.com.my/player/player.html
Frekuensi radio Bernama (Radio
24) : FM 93.9 Lembah Klang
Astro : Channel 501 AWANI
Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment