Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, June 8, 2012

Najib Dipuji Kerana Senaraikan Felda


Oleh M. Saraswathi

MUMBAI, 7 Jun (Bernama) -- Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd merupakan satu kisah kejayaan yang luar biasa dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diucapkan tahniah di atas ketabahan dan kesungguhan beliau dalam memacunya, kata Pengarah Godrej International Ltd, Dorab Mistry.

"Felda melakukan dalam 20-30 tahun kepada apa yang penjajah ambil dalam 200 tahun untuk melakukan," kata beliau di luar acara Seminar dan Pameran Sawit Malaysia-India 2012 di sini.

Felda merupakan kisah kejayaan yang luar biasa bukan sahaja dari segi pertanian, tetapi memperkasakan luar bandar dan kemakmuran yang telah dibawanya, kata beliau.


"Sudah tiba masanya kejayaan ini disenaraikan supaya orang lain boleh mengambil bahagian, terutama penanam."

Dorab berkata penyenaraian Felda juga akan meletakkan Malaysia dalam kedudukan untuk memberi respons kepada rejim cukai eksport minyak sawit mentah Indonesia.

"Apabila IPO Felda ditawarkan dan diterima baik oleh bursa saham Malaysia, saya fikir Malaysia juga akan berada dalam kedudukan untuk memberi respons terhadap rejim cukai eksport Indonesia. "

Pada masa ini, Indonesia mengenakan duti eksport sebanyak 19.5 peratus terhadap minyak sawit mentah manakala duti eksport Malaysia adalah 30 peratus selepas had bebas cukai sebanyak 3.6 juta tan, meletakkan Malaysia pada kedudukan yang kurang kelebihan.

Dorab berkata harga saham Felda akan menjadi kukuh semasa pengeluaran minyak sawit mentah merosot setelah pengeluaran yang lebih rendah biasanya menolak harga MSM.

Dengan pengeluaran dikurangkan, saham akan diterima dengan harga yang lebih kukuh apabila disenaraikan, katanya.

Sebelum itu, Dorab berkata pengeluaran kumulatif minyak sawit mentah Malaysia dijangka berada dalam defisit sebanyak 900,000 tan antara Januari dan Julai tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, defisit terkumpul hampir 500,000 tan.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !