Permohonan
siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan,
menurut perbadanan tersebut.
Seorang pegawai PTPTN ketika
dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa
perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.
Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.
Tinjauan Malaysiakini
di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman
kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."
Ruangan
forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian
Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi
pinjaman kepada pelajar Unisel.
Perkara itu dinyatakan salah
seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1"
ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar
Unisel pada 8 Mei lalu.
Pinjaman 'ditangguhkan'
Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."
Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."
Mengulas
tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara
itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut
melalui sistem dalam talian sejak April lalu.
Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan.
Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi.
"Kita
sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan.
Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi
mereka semula," katanya.
'Mangsa politik'
Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.
"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.
"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.
Sementara
itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah
sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan
mengenai perkembangan tersebut.
"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.
"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.
Exco
pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata
PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa
berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu."
Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan.
"Namapun
Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar
Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik
laman TV Selangor.
Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment