Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, June 21, 2012

Pelajar Sekolah Atau Mahasiswa?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Kecewa dengan sikap tidak mahu ambil tahu segelintir mahasiswa. Daripada perkembangan politik semasa, hinggalah keadaan umat Islam serata dunia.

Selepas pembunuhan saudara kita di Palestine, penyembelihan beramai-ramai umat Islam di Haulah, Syria, terkini kita digemparkan dengan pembunuhan di Rohingya, Myanmar. Gambar yang saya perolehi sangat kejam, sehingga otak terkeluar dari tempurung kepala.

Yang saya kecewa adalah sikap tidak mahu ambil tahu segelintir mahasiswa (kononnya). Pernah saya kongsi artikel saya yang bertajuk Putrajaya dan Haulah di facebook. Dan komen yang saya dapat sangat mengecewakan. Iaitu "Report report report" kerana waktu itu kami perlu menghantar laporan makmal. Jadi pelajar sibuk menyiapkan tugasan. Bagi saya ini sesuatu yang tidak masuk akal. Kalau betul kita mahu tumpu pada laporan tersebut, kita jangan tidur, jangan makan, jangan berfacebook, jangan bersembang, tumpu pada laporan tersebut. Tetapi perkara lain boleh buat, untuk ambil masa 3 minit ambil tahu tentang saudara kita di sana, kita tidak mahu ambil tahu.

Apa bezanya pelajar sekolah dan mahasiswa kalau begini sikap kita? Di usia muda, kalau tidak digunakan denga betul, saya berani jamin, anda akan menyesal dengan sikap anda di hari tua bilamana anda lihat anak muda yang bersemangat memperjuangkan agama. Anda akan rasa teramat rugi. Ini bukan berdasarkan logik akal semata-mata, tapi beberapa rintihan abang-abang dan kakak-kakak saya kepada saya. Melihat gerakan kami yang "membuang masa" menyeru anak muda lain mengubah sikap, seorang pakcik menangis melihat kami. Katanya dia rindu zaman mudanya, yang mana dia merasakan dia lebih aktif dalam kerja dakwah ketika muda.

Saya bagi nasihat mudah. Kita jangan punya misi hidup seperti di bawah.
Hidup aku hanya untuk laporan, kelas, belajar, exam, makan, tidur, bersosial, dan memenuhi ruang yang ada di tanah kubur kelak.
Persoalan yang saya ajukan buat saudara-saudara sekalian. Pada usia kita ini, apa yang telah kita sumbangkan kepada masyarakat? Apa yang telah kita sumbangkan kepada agama? Kalau kita tengok ke belakang dan meneliti hidup-hidup kita, andai kata hidup kita dipenuhi oleh kelas semata-mata. Maka layaklah saya kata bahawa anda seorang yang mementingkan diri.


Antara perkara yang penting yang mahasiswa selalu tidak ambil tahu.


1- Politik tanah air.
Kita perlu ambil tahu, kerana ini soal pemerintahan negara, dan yang penting, bagaimana agama kita mampu melonjak andainya orang yang memegang tampuk pemerintahan adalah orang yang beragama? Saya bagi contoh mudah. Bayangkan kalau agama lain yang memegang jawatan perdana menteri, kerusi parlimen dipenuhi oleh agama yang lain yang tidak faham Islam. Bagaimana? Kita sibuk dengan situasi kristian cuba menjatuhkan Islam di Malaysia tapi kita tidak pernah untuk menaikkan nama agama. Bagaimana dengan kuasa perdana menteri yang dapat menjalankan pelaksanaan amar makruf dengan baik, menghentikan hubungan diplomatik dengan Syria, menghalau duta Syria, menyatakan sokongan penuh terhadap Palestin, dan mencela Israel. Adakah itu yang dibuat oleh mereka yang berkuasa sekarang? Kuasa itu penting, kerana jika kita ada kesedaran, tanpa kuasa, orang tidak akan dengar suara kita. Kerana itu Israel tidak perlu bimbang, andai kata rakyat Malaysia sahaja yang ada kesedaran.


2- Keadaan di Timur Tengah
Arab Spring, atau kebangkitan arab. Disini adalah contoh bagaimana demonstrasi mampu menjatuhkan kerajaan yang zalim. Kita lebih selesa hidup dalam keadaan aman, tapi adakah Allah redha dengan aman tersebut? Biarlah kepala kita dipijak, biarlah segelintir dari kita dizalimi, asalkan kita aman, itukah yang kita mahu? Saya tidak kisah jika kita tidak aman, namun keadilan dan hukum Allah haruslah ditegakkan. Biarlah kita tidak aman asalkan Allah redha dengan perjuangan kita.
Mati hanya sekali, lalu mati yang manakah lebih mulia dari mati syahid?
Jika diikutkan hati, mahu saja saya berkawad ke Syria, tinggalkan universiti, tinggalkan segalanya untuk mengejar syahid. Namun saya tidak ingin mencapainya keseorangan, saya mahu bersama sahabat. Kerana kita bersahabat hingga ke syurga.  Saya harap entri saya yang bersifat luahan perasaan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Wallahua'lam.
Saya bagi pembuka mata yang mudah kalau kita tidak ada keprihatinan dan rasa tanggungjawap dalam masa muda kita, kalau kita hidup hanya menyeronokkan dan memuaskan hati sendiri, tapi kita tidak ada stand atau pendirian.
Masa sekolah rendah, cita-cita nak belajar rajin-rajin untuk dapat kerja bagus. Masuk sekolah menengah cita-cita nak belajar rajin-rajin untuk masuk ke universiti. Sama juga dengan matrikulasi. Bila masuk universiti cita-cita nak belajar rajin-rajin, agar dapat kerja yang elok. Bila kerja sudah elok, cita-cita untuk kumpul wang agar keluarga bahagia. Bila keluarga sudah senang, anak-anak menyambung kitaran hidup. Maka sampai masa kita pencen (kalau panjang umur). Duduk di kerusi malas. Berfikir ke belakang. Hidup kita untuk apa? Semuanya dihabiskan untuk generasi kita memasuki kitaran hidup kita balik. Bila kah kita berkhidmat atas jalan Allah? Apa erti hidup dibumi?


Buka mata, buka otak, buka hati.

Kerana itu bagi saya tiada istilah "Belajar lah bagi habis dulu".
Kenapa kalau belajar kita tidak boleh berkhidmat kah? Tidak boleh berdakwah kah? Kalau begitu kita belajar saja lah, tidak perlu kita sertai zapin, atau sukan di universiti. Atau mungkin kita boleh campakkan hobi kita seperti kamera ke dalam longkang. Kita tumpukan saja untuk belajar. Agar kita dapat masuk kitaran hidup tadi.


Wallahua'lam.

Sedikit kisah yang menarik untuk kita hayati, yang memang patut kita terasa, luangkan 5 minit. Paksa diri walaupun panjang sedikit.

Artikel asal : http://hijrahanakmuda.blogspot.com/2012/06/pelajar-atau-mahasiswa.html

BerGM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !