Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, June 5, 2012

Khalid : KAMI tidak berminat bertanding dalam PRU 13


1. Sebagai salah satu front utama dalam gerakan mahasiswa, KAMI harus lebih fokus dalam memperjuangkan isu-isu mahasiswa dan rakyat, hak asasi manusia dan perundangan serta bertindak sebagai kuasa ketiga bagi memastikan konsep “check and balance” dapat dilaksanakan dalam negara Malaysia.

2. KAMI juga berpaksi kepada perjuangan non-partisan, justeru penglibatan KAMI dalam PRU13 sebagai calon akan menjejaskan teras perjuangan yang didukung oleh front selama ini.


3. KAMI juga mengutamakan idealisme dan aktivisme bagi anak muda dan mahasiswa untuk memastikan urustadbir dalam negara dijalankan dengan baik.  Jadi, KAMI memikul tugas bagi membangkitkan kesedaran dan kepedulian anak muda.

4. Penglibatan sebagai calon dalam PRU memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi serta masa yang sangat panjang.  Justeru, KAMI tidak pernah merancang atau bercadang untuk menghantar calon bagi PRU 13 akan datang.

5. KAMI merupakan satu badan bebas yang masih berusaha bagi membina kewangan yang stabil untuk masa akan datang bagi meneruskan legasi perjuangan anak muda dan mahasiswa.

6. KAMI masih akan terus bersama-sama SMM dalam koalisi untuk menyuarakan hak dan hasrat mahasiswa yang KAMI telah sepakati.  Walau bagaimanapun dalam isu mahasiswa bertanding dalam PRU13 kami mengambil pendirian yang berbeza.

7. KAMI telah kaji masalah-masalah yang akan dihadapi oleh gerakan mahasiswa sekiranya mengambil langkah untuk bertanding dalam pilihanraya umum sebagai calon bebas atau calon kepada mana-mana parti politik.

8. Masalah seperti pemilihan calon, negotiation untuk memilih kerusi mana untuk bertanding, kewangan jentera adalah antara masalah-masalah teknikal yang akan dihadapi.

9. Manakala masalah berkait soal kredibiliti gerakan dan idealism mahasiswa pula adalah soal prinsip gerakan mahasiswa dan ini akan memberi kesan kepada gerakan mahasiswa yang akan datang.  SMM juga akan hilang fokus kepada gerak kerja di seluruh negara untuk melawan parti pemerintah dan hanya fokus untuk bertanding di kawasan parlimen tertentu.

10. Timbul persepsi daripada masyarakat bahawa gerakan mahasiswa sudah dijangkiti penyakit YBisme, korupsi, dan mahasiswa tidak lagi akan diberi kepercayaan sebagai third force atau sebagai sistem check and balance.

Khalid Ismath. Penulis adalah merupakan Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Tulisan ini tidak menggambarkan pendirian sepenuhnya GMUKM.
 

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !