Penghujung bulan Mei 2012
diserikan dengan penyenaraian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam senarai antara 50 universiti terbaik di dunia yang berusia di bawah 50 tahun.. UKM menduduki tempat yang ke 31 antara 50 universiti terbaik.
Peristiwa ini menyaksikan pelbagai jasa serta sumbangan
pejuang terdahulu dalam merealisasikan harapan rakyat Malaysia dalam melihat
UKM di antara universiti yang terbaik di dunia. Gabungan Mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia (GMUKM) merasakan tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah terhadap penganugerahan ini.
UKM tertubuh dalam lipatan
sejarah yang melibatkan pertembungan dua aliran pemikiran yang berbeza. Pihak
yang mempunyai kesedaran Islam serta pihak yang berfahaman kebangsaan.
Pertembungan dua aliran ini mencorakkan pengharapan tertubuhnya sebuah universiti
kebangsaan yang kini dikenali sebagai Universiti Kebangsaan Malaysia.
GMUKM sangat berbangga serta bersyukur dengan
penyenaraian ini. Satu penghargaan buat pejuang terdahulu yang berkorban
segalanya kerana ingin melihat tanah air memiliki sebuah menara gading sendiri
buat generasi seterusnya, umumnya anak muda.
Sehubungan itu, GMUKM berharap
anugerah ini meresap di dalam jiwa, membina inspirasi buat mahasiswa agar ilmu
bukan sekadar untuk diuji di dewan peperiksaan semata-mata. Ilmu perlu dikongsi
serta disebar kepada masyarakat. Ilmu merupakan harta yang sangat berharga.
Begitu pun, GMUKM terkejut dengan
respon yang diberikan oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Tan Sri Dato’ wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin di atas keprihatinan beliau terhadap perkembangan Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM). PMUKM sebelum ini hanya
melaporkan berita mengenai penyenaraian UKM dalam kedudukan tersebut.
NC mengharapkan respon PMUKM
terhadap perkara ini. Maka dengan itu, Presiden PMUKM, Lt. Muda Ahmad Muzzammil
Muhd Hairi memberi penjelasan serta pandangan PMUKM sendiri. NC turut
melahirkan rasa lega dengan respon yang diberikan oleh presiden PMUKM.
Hal ini jelas menunjukkan hubungan PMUKM dengan pentadbiran UKM sangat akrab laksana rakan sepejabat. Hubungan ini perlu dijaga sentiasa agar keberlangsungan gerak kerja lancar dan terbaik.
Namun, GMUKM kesal terhadap
sebahagian kecil mahasiswa yang memperlekeh penerangan yang diberikan oleh
Presiden PMUKM. Tindakan ini jelas menunjukkan sikap ‘batu api’ yang sukar
dipadam di dalam jiwa mereka yang dengki terhadap MPP GMUKM. GMUKM tidak hairan
jika golongan ini terdiri daripada barisan pengampu HEP di UKM.
Mereka ini sentiasa berhasrat untuk mencerminkan bahawa GMUKM sebagai entiti yang jijik, tapi mereka tidak sedar bahawa mereka lebih jijik daripada itu. GMUKM menyerlar tindakan ini sepenuhnya. Mereka ini ingin melihat hubungan PMUKM dengan pentadbiran UKM terkubur. Sungguh jijik perbuatan mereka ini.
Hanya berani bersuara di medan
maya, namun tidak pada realiti. Sungguh, GMUKM menegaskan bahawa GMUKM berani
serta yakin untuk memenangi Pilihan Raya Kampus akan datang meskipun tarikhnya dianjak.
Tidak diketahui tarikhnya sehingga kini. Biarlah dianjak selama mana yang pihak
HEP mahukan, namun perkara ini tidak akan melunturkan semangat juang di hati
pejuang GMUKM.
Golongan yang hanya berlindung
dengan bayang HEP, hanya dengar serta taat dengan arahan HEP. Mahasiswa perlu berfikiran positif. Cerdaskan
pemikiran dengan budaya keilmuan kerana itu mahasiswa wujud di taman ilmu
khususnya UKM.
Kita sudah lama mencabar untuk
diadakan wacana, namun cabaran tersebut tidak disambut. Kita sudah menjemput
dengan lembut, namun tetap juga ditolak. Mahasiswa pada hari ini sedang melihat
perwatakan kalian. Mahasiswa pada hari ini tidak gentar dengan ugutan kalian. Mahasiswa
pada hari ini celik pandangannya.
GMUKM menyeru agar mahasiswa terus menghormati budaya serta menjaga keharmonian kampus.GMUKM sayang UKM. GMUKM yakin untuk menawan PMUKM sekali lagi.
GMUKM ucap selamat maju jaya di dalam peperiksaan akhir semester 2 yang bakal diduduki oleh mahasiswa UKM.
Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment