SHAH ALAM, 7 Jun (Bernama) -- Universiti Selangor (Unisel) akan
menjual asetnya iaitu hartanah seluas 202.34 hektar bagi membantu
pelajar barunya yang mengalami kesukaran meneruskan pengajian, berikutan
pembekuan pinjaman oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN).
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata aset
berkenaan diperolehi hasil penyusunan semula hutang Talam Corporation.
"Kerajaan Selangor telah selesai menyusun semula hutang-hutang ini di
mana tanah seluas 500 ekar (202.34 hektar) telah menjadi aset Unisel.
"Kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di
pasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta
boleh diperoleh hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan
untuk membantu pelajar yang terjejas akibat tindakan pembekuan PTPTN,"
katanya dalam kenyataan, di sini Khamis.
Abdul Khalid bagaimanapun berkata bantuan kewangan itu hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment