Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, June 5, 2012

Isu WW1: Demo di Johor Bahru kecam kenyataan Nizar




Pelbagai pihak di Johor terus mengecam tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hari ini lebih 500 anggota 26 badan bukan kerajaan mengadakan perarakan kira-kira tiga kilometer dari Menara Landmark ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan bagi mengecam tindakan Mohammad Nizar itu.


Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu Khaled Mohamad berkata perarakan secara aman itu bertujuan menyampaikan memorandum kepada pihak berkuasa agar mempercepatkan siasatan mengenai isu berkenaan.

"Penduduk di negeri ini marah dan kesal dengan kebiadaban Mohammad Nizar dan mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain," katanya kepada pemberita.

Isnin lepas, Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempersoalkan pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW1 oleh Sultan Ibrahim dalam Twitternya.

Sementara itu, lebih 100 anggota Gerakan Belia 4B Johor dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia negeri turut berarak kira-kira 100 meter dari Pusat Penerangan Pelancongan Johor sehingga luar pekarangan Istana Besar.

Pengerusi Gerakan Belia 4B negeri Syahrin Md Jamaluddin meminta masyarakat menilai sikap sebenar segelintir pemimpin pembangkang yang sanggup mempertikaikan Raja-Raja Melayu di negara ini.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !