Hari ini, lipatan sejarah
menyaksikan bahawa pemerintah Malaysia umumnya kerajaan Barisan Nasional
membuktikan cerminan pemikiran pemimpin mereka. Mahasiswa di Universiti
Selangor (UniSel) yang dikelola sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor
menjadi mangsa keadaan.
Kaedah politik dendam yang sangat
ketara ini menyerlah gaya kepimpinan kerajaan Malaysia pada hari ini. Kerajaan
sengaja ‘mengacah’ pesaingnya dalam barisan Pakatan Rakyat di Selangor mencirikan
budaya permainan anak kecil.
Alasan untuk menguji barisan
kepimpinan kerajaan negeri selangor mengundang persepsi negatif masyarakat. Pasti
masyarakat tertanya motif Kementerian Pengajian Tinggi tidak menyenaraikan Unisel dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis) dalam kalangan
yang diterima kaedah pinjaman PTPTN.
Gabungan Mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menyelar budaya politik yang diamalkan oleh sang pemerintah.
Akibat marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. Mahasiswa Unisel serta Kuis
menjadi mangsa permainan politik.
GMUKM memuji tindakan yang
dilaksanakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah.
Beliau telah menegur tindakan ‘kurang cerdik’ Menteri Pengajian Tinggi, Datuk
Seri Mohamed Khaled Nordin yang ingin menguji sama ada Kerajaan Negeri
Selangor serius dalam menyediakan pendidikan percuma.
Selayaknya, Dato' Saifuddin
Abdullah diangkat sebagai Menteri Pengajian Tinggi yang mempunyai komitmen yang
jelas dalam bidang pengajian tinggi. Sesungguhnya pendidikan adalah pelaburan
jangka panjang untuk Malaysia, melahirkan pemimpin, tenaga pengajar malah ibu
bapa yang baik kepada keluarga.
Setelah dirayu, perintah
pembekuan tersebut dileraikan. Malah, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tetap
berpandangan yang mendakwa Kerajaan Selangor tidak mampu memberikan pendidikan
percuma. Sikap egoistik pemimpin yang tinggi, menyebabkan mahasiswa terus
menjadi bahan kajian negara.
Sekali lagi, GMUKM menzahirkan
ucapan syabas di atas tindakan Dato’ Saifuddin Abdullah yang bijak mengurus
urusan Kerajaan dan Parti.
Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment