Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, June 21, 2012

Pro-M Serah Memo Kepada BENAR


20 Jun, Kuala Lumpur- Pro Mahasiswa Nasional bersama beberapa front mahasiswa yang lain telah menghantar memorandum kepada Sekretariat Benteng Negara Dari Jenayah (BENAR) di parlimen pagi tadi. Memorandum diserahkan kepada YB Dato’ Firdaus Jaafar yang juga merupakan ahli parlimen Jerai sekaligus merangkap Pengerusi Sekretariat itu. Penyerahan memorandum ini berkaitan kezaliman yang dilakukan terhadap mahasiswa oleh UMNO /BN iaitu berkenaan isu “Opss 2020”.

Menurut Jurucakap Pro Mahasiswa Nasional Edikoup Lakip Sediyanto berkata “UMNO/BN  telah mengerahkan dan menggunakan institusi awam sebagai jentera untuk melaksanakan Opss 2020 ini bagi mencapai impian mereka menang dalam PRU 13 akan datang. Badan institusi kerajaan yang sepatutnya bebas daripada mana-mana pengaruh politik telah dilibatkan untuk mencapai cita-cita parti terutamanya  UMNO/BN .”


http://siswanews01.blog.com/files/2012/06/484330_457292257632330_2070247813_n-300x300.jpg 

”Antara yang terlibat adalah Biro Tata Negara (BTN), Polis Diraja Malaysia (PDRM),Badan Hal Ehwal Pelajar Universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) . Maka penggunaan Institusi kerajaan ini boleh dilihat sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan double standard.”

“Integriti institusi ini yang sepatutnya  berperanan dalam menjaga dan memelihara kepentingan awam  secara adil sudah tercalar apabila mengutamakan parti lebih daripada  kepentingan awam.” katanya lagi.

Mereka juga menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah yang menolak dakwaan Pro Mahasiswa pada 23 Mei 2012 lepas kerana menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan berhubung dakwaan konspirasi ini.

“Bagaimana mungkin Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tidak mengetahui sedangkan Setiausaha Politik KPT En. Mohd Khairi Bin A. Malik, Pegawai Khas Menteri KPT En. Mohd Arif Bin Adenan dan ramai lagi pegawai KPT yang terlibat dalam mesyuarat tersebut bertarikh 25 Januari 2012.” kata Edikoup lagi.

http://siswanews01.blog.com/files/2012/06/konspirasi-2020.jpg

Dalam memorandum tersebut Pro Mahasiswa Nasional menuntut beberapa perkara dari pihak kerajaan iaitu :
1- Kami menuntut diadakan siasatan secara menyeluruh berkenaan Opss 2020 ini.
2- Kami menuntut segera, pengakuan atau penjelasan secara terbuka dari pihak yang terlibat berhubung  konspirasi Ops 2020 ini.
3- Seterusnya kami akan melakukan tindakan yang lebih agresif dengan mengadakan pembongkaran demi pembongkaran dan seterusnya akan  turun ke kampus-kampus  untuk memberikan penerangan.
Sebelum ini Pro Mahasiswa Nasional telah mendedahkan terdapat campur tangan politik di peringkat  UMNO / BN dalam keputusan melewatkan tarikh pilihan raya kampus yang didalangi Pejabat Perdana Menteri sendiri. Operasi khas ini dinamakan sebagai “Ops 2020″.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !