Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, January 30, 2012

BB1M : 2 kedai buku disiasat, kerajaan patut salahkan diri

Polis kini sedang giat menjalankan siasatan terhadap dua kedai buku di Kota Bharu, Kelantan yang didapati menawarkan wang tunai untuk membeli Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) daripada pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata kertas siasatan sudah dibuka untuk mendakwa pemilik kedai buku berkenaan dan memberi amaran tindakan sama akan dikenakan terhadap mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

“Polis juga sedang menyiasat dakwaan ada sepasang suami isteri menawarkan wang tunai kepada pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Selain itu, kita juga sudah mengesan pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) yang mengiklankan BB1M dalam internet untuk mendapatkan wang tunai,” katanya semalam.

Khalid berkata, siasatan kes itu bakal dijalankan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

Pro-Mahasiswa salahkan pihak Kerajaan

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul pula dalam kenyataannya semalam menegaskan pihak Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi patut menyalahkan diri masing-masing atas kes penyalahgunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

Situasi itu, menurut beliau dapat dielakkan sekiranya pihak KPT bersikap lebih tegas dan menerangkan lebih awal berkenaan peraturan penggunaan baucar berkenaan.

“Walaupun ianya ditulis di belakang baucar, bagi saya itu tidak menjamin penuntut akan mematuhinya kerana mereka sedar KPT nak pantau puluhan ribu penuntut memang agak sukar.

“Jadi, dengan sewenang-wenangnya mereka bebas menukar kepada bentuk wang tunai yang didakwa menyalahgunakan bantuan pemberian kerajaan.

“Dan kes yang berlaku adalah bukti menunjukkan kelemahan dalam pemberian baucar berkenaan tetapi penuntut pula yang jadi mangsa."

Taufiq yang juga mahasiswa Tahun Tiga Universiti Malaya juga mempertikai tindakan pihak polis yang ingin mendakwa penuntut atas kesalahan kanun keseksaan sehingga boleh dipenjara lima tahun dan sebatan.

“Saya hairan dengan undang-undang negara yang semakin kontradis. Mengapa perlu dipenjara dan disebat hanya melanggar peraturan sekecil itu sedangkan penyelewengan berjuta wang ringgit hanya dipenjara setahun ?

“Dan pelbagai kes rasuah berlarutan bertahun-tahun hendak diselesaikan sedangkan kes jual baucar begitu cepat menemui punca dan pesalah.”, soalnya ketika mengulas mengenai beberapa buah kedai buku dan IPT yang disiasat polis.

Pemberian BB1M tersebut bernilai RM200 kepada penuntut Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, IPT awam dan swasta, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !