Pihak pentadbiran UKM telah mengeluarkan notis berkenaan Kursus Bakal Calon PRK melalui portal e-Pelajar UKM siang tadi. (Rujuk notis di bawah)
Hal ini agak menghairankan di pihak Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang melihat dua sesi kursus yang diadakan sebagai mengaburi mata selepas isu hangat calon Aspirasi, Ummi Nazirah Khairuddin tahun lalu yang bertanding dan memenangi kerusi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) tanpa menghadiri bengkel kursus bakal calon.
Tarikh notis bengkel ini dikeluarkan juga menjadi persoalan apabila notis yang telah ditandatangani oleh Timbalan Pendaftar JPPel pada 5 Januari (Khamis) yang lalu hanya dikeluarkan pada hari ini, 9 Januari (Isnin) dan dilihat tergesa-gesa memandangkan tarikh tutup bagi penyertaan kursus 1 bakal berakhir 13 Januari, Jumaat nanti. Ini sekaligus dilihat cuba mengurangkan perhatian bakal-bakal calon khususnya daripada Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM)
Walaubagaimanapun pihak GMUKM akan mendapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan.
Dapatkan borang-borang di e-Pelajar
Mahasiswa-mahasiswi yang berminat untuk menjadi calon dalam Pemilihan MPP UKM 2012 boleh mendapatkan notis pemberitahuan dan borang-borang penyertaan di laman portal e-Pelajar tersebut.
Pertanyaan lanjut sila hubungi En. Azizi / En. Zairil di talian 03-89215347 atau melalui e-mel: azbar@ukm.my (En. Azizi) / zairil@ukm.my (En. Zairil).
'Gendang PRK sudah bermula'
Bengkel kursus bakal calon PRK merupakan program yang menjadi prasyarat kepada pelajar prasiswazah dan siswazah yang berminat untuk menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar UKM.
Dengan keluarnya notis bengkel kursus bakal calon tersebut, gendang Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau lebih sinonim dengan pilihanraya kampus (PRK) kian menghampiri kita.
Di peringkat GMUKM telah awal-awal memberikan isyarat bahawa bakal 'menawan' kerusi PMUKM sekali lagi melalui ucapan Pengerusi GMUKM, saudara Ahmad Firdaus sempena musim peperiksaan hujung bulan yang lalu.
Di dalam ucapan tersebut, Firdaus melaungkan keyakinan memegang PMUKM sekali lagi 'demi kelangsungan perjuangan GMUKM, membina masyarakat kampus UKM yang berintelektual dan mendokong Falsafah UKM.'
Gabungan Mahasiswa UKM dalam pilihanraya kampus lalu telah menang bergaya di 22 daripada 37 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan 22 buah kerusi tersebut telah bertambah lapan buah kerusi daripada 14 pada tahun 2010 sekaligus membolehkan GMUKM mendapat mandat memegang pentadbiran Persatuan Mahasiswa UKM
0 comments:
Post a Comment