Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, January 27, 2012

UKM kini dianugerah status Autonomi


PUTRAJAYA, 26 Jan - Empat lagi universiti awam; Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diumumkan telah mendapat status autonomi semalam selepas Universiti Teknologi Malaysia (UTM, Skudai diumumkan mendapat status yang sama awal bulan ini.

Dalam ucapan beliau, Menteri yang bertanggungjawab menjelaskan IPTA berkenaan telah diberi kuasa autonomi dalam empat bidang merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan pelajar.

"Pemberian autonomi ini bertujuan supaya tiada alasan lagi untuk universiti tersebut tidak mencapai kecemerlangan. Untuk mencapai kecemerlangan, mereka mesti ada kuasa autonomi dan tidak terikat dengan kaedah dan peraturan kerajaan," ujar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada sidang media selepas majlis amanat Tahun Baru 2012 KPT di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Autonomi pra-syarat kampus dinamik
Beliau menambah, autonomi adalah pra-syarat penting untuk mewujudkan persekitaran kampus yang dinamik melalui pengurusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lebih berdaya saing, kreatif dan anjal.

"Universiti selalu menyatakan mereka tidak mendapat kecemerlangan kerana wujud halangan dan kekangan akibat terikat dengan kaedah dan polisi kerajaan, jadi pemberian autonomi dengan penurunan kuasa bermakna tiada lagi alasan untuk mereka mencapai kecemerlangan,”

Pemberian autonomi kepada lima universiti itu dibuat selepas melaksanakan proses audit menggunakan instrumen ‘Tadbir Urus Baik Universiti’ dan ‘Petunjuk Tadbir Urus Baik Universiti’.

Pelajar tetap perlu pohon ikut UPU
Beliau berkata, walaupun lima universiti diberikan autonomi dalam kemasukan pelajar, pelajar tetap perlu memohon kemasukan universiti menerusi Unit Pengurusan Universiti (UPU).

Namun begitu walaupun permohonan kemasukan ke IPTA diuruskan oleh UPU, kelima-lima universiti tersebut diberi kuasa penyemakan kriteria, pemilihan dan pengumuman keputusan berdasarkan pilihan utama pelajar.

“Lima universiti (tersebut) akan dapat memilih dulu mana-mana pelajar yang memohon menerusi UPU dan mereka sendiri yang akan menentukan kesesuaian kursus kepada pelajar berkenaan serta pemberitahuan mengenai kemasukan ke lima universiti itu dibuat oleh pihak universiti sendiri,” katanya.

Mohamed Khaled juga memberi jaminan, KPT terus memperhalusi kaedah pelaksanaan kuasa autonomi institusi berkenaan agar tidak timbul sebarang pertindihan terutamanya dalam proses pemilihan pelajar.

Pihak kementerian telah menyampaikan watikah tersebut kepada wakil Lembaga Pengarah UKM, Dato’ (Dr) Megat Abdul Rahman Megat Ahmad dan Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Watikah status autonomi tersebut juga telah disampaikan kepada wakil Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putera Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia dalam upacara tersebut.

Untuk rekod sebelum ini Univesiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima status Swa-Akreditasi pertengahan tahun lalu yang melayakkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengakreditasi sendiri program pengajian tanpa melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Tahniah UKM !

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !