14 Jan: Dua mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diberi notis pembuangan kolej dengan alasan yang sangat tidak munasabah.
Kedua-dua mahasiswa tersebut merupakan pelakon yang menjayakan video pendek 'Kau Nie' yang sehingga kini mencecah hits 40 ribu pengunjung.
Video tersebut turut memaparkan beberapa perbualan tentang isu semasa yang berlaku kepada mahasiswa.
Antara yang hangat diperbincangkan dalam video tersebut adalah tentang isu Adam Adli dan beberapa siri himpunan mahasiswa.
Video tersebut dipaparkan bertujuan untuk memberi pendidikan politik kepada mahasiswa di Malaysia.
'Universiti bukan tempat menghukum'
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dalam kenyataannya berasa kesal dengan pentadbiran UPSI yang dilihat semakin keterlaluan kebelakangan ini.
Menurut Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor, universiti bukan tempat menghukum mahasiswa tetapi sebagai tempat latihan bagi mahasiswa sebelum keluar ke medan yang lebih mencabar.
"Apa salahnya mahasiswa ingin berkongsi ilmu dan idea dalam bentuk video, itu adalah satu perkembangan ilmu yang terbaik dalam era globalisasi hari ini.
“Saya bimbang jika pada satu hari nanti, mahasiswa yang menulis 'status' di Facebook juga akan menjadi mangsa," ujarnya.
Pengetua malu, masih membisu
Menurut sumber UpsiKini, pengetua kolej berkenaan yang didakwa bertanggungjawab dilaporkan masih membisu apabila diminta mengulas mengenai isu berkenaan.
Dia dikhabarkan 'malu' dan 'segan' setelah isu berkenaan semakin mendapat liputan meluas melalui media dan blogger ekoran alasan yang disifatkan 'tidak munasabah' dan 'di luar logik' mahasiswa.
Pengetua berkenaan menurut sumber bertindak 'keras' membuang dua penuntut UPSI atas alasan 'mengkritik pentadbiran universiti' dalam lakonan video pendek yang disiarkan di laman YouTube.
0 comments:
Post a Comment