Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, January 25, 2012

BB1M : Pelajar diberi amaran tidak jual baucar buku

PUTRAJAYA - Para pelajar IPTA yang cuba menyalahgunakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) telah diberi amaran keras oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ekoran terdapat laporan mereka telah menjual baucar tersebut secara terbuka di laman blog dan forum-forum di internet dengan potongan harga yang tertentu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memanfaatkan BB1M bernilai RM200 untuk membeli buku ilmiah, sebaliknya menjualnya kepada pihak ketiga.

"Jika (pihak Kementerian) dapat kesan mereka, kita akan rampas baucar kerana tidak dimanfaatkan untuk tujuan yang dimaksudkan,” ujar beliau.

Ditanya sekiranya pihak Kerajaan ingin melakukan sebarang langkah pencegahan seperti mencetak nama pelajar pada baucar agar dapat mengekang perbuatan itu, beliau berkata ia sudah terlewat kerana baucar BB1M sudah diagihkan lebih awal.


Suara-suara daripada para pelajar yang menerima BB1M tersebut menyifatkan tindakan kerajaan melalui KPT agak 'tidak bersesuaian' kerana BB1M tersebut diedarkan sewaktu musim peperiksaan di IPTA berlangsung, dan bakal berakhir semester yang pertama.

Buat pelajar tahun akhir, mereka menyifatkan tindakan pemberian baucar tersebut sudah 'terlambat' disebabkan mereka sudah memiliki semua buku yang diperlukan.

Bagaimanapun usaha kerajaan tersebut 'amat dipuji' dan diharapkan tidak bermotifkan 'gula-gula pilihanraya.'

KPT dalam satu kenyataan sebelum ini, mengesyorkan pelajar yang telah menerima BB1M supaya berbincang dengan rakan lain untuk menyenaraikan bahan akademik diperlukan bagi mengelakkan pembelian bahan yang sama, sekali gus membolehkan pembelian lebih banyak bahan rujukan untuk dimanfaatkan bersama bagi tujuan pembelajaran.

Para tenaga pengajar khususnya pensyarah pula diminta memberi cadangan mengenai kesesuaian sesuatu bahan rujukan bagi memastikan bahan yang dibeli memberikan maklumat maksimum kepada pelajar.

Untuk rekod, pemberian baucar BB1M kepada semua penuntut warga negara di Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, IPTA dan IPTS, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !