Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, January 15, 2012

Godam : 'Henti tindakan tidak bermoral'

 Akhir-akhir ini gejala menggodam (hack) akaun pihak lain terutama Facebook dan blog semakin menjadi-jadi. Tindakan terkini penggodam yang menceroboh akaun Facebook salah seorang Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (MPP-GMUKM) juga dilihat sebagai tindakan kurang matang dan cubaan menjatuhkan moral ahli MPP tersebut.

Ekoran kes tersebut, di dalam sembang-sembang di Facebook kebelakangan ini beberapa orang mahasiswa turut menyampaikan beberapa cara mencegah aktiviti godam akaun Facebook.

Antaranya larangan 'log in' pd 'phishing site' yang boleh dibaca seperti dalam gambarajah berikut.



Beberapa laman blog, Facebook turut diceroboh

Tinjauan Admin ke beberapa laman blog berkaitan isu ini mendapati kes yang serupa terjadi pada beberapa individu.

Justeru itu, beberapa panduan dan informasi telah disediakan di bawah. Selamat beramal !

Sebelum anda menyambung kepada rangkaian Wi-Fi awam (public Wi-Fi) dan log masuk ke akaun Facebook, anda perlu tahu terdapat satu aplikasi baru yang menjadikan lebih mudah bagi pengguna untuk 'menghidu' trafik (sniff) dari komputer atau telefon dan memintas token pengesahan anda (authentication token). Aplikasi ini dipanggil FaceNiff, dan ia dapat beroperasi pada mana-mana peranti yang berasaskan Android.

FaceNiff pada dasarnya menukar telefon Android anda kepada penghidu paket (packet sniffer), dan apabila aplikasi ini mengesan lalu lintas Facebook dari peranti yang lain di rangkaian wi-fi yang sama, ia akan mengambil/mengesan seberapa banyak maklumat dari sambungan yang mana ia mungkin termasuk maklumat log masuk anda. Facebook bukanlah satu-satunya perkhidmatan yang boleh dieksploitasi oleh FaceNiff - Aplikasi ini juga boleh memintas Twitter, YouTube, dan akaun Amazon.

Bagi mengelakkan anda dari menjdi mangsa FaceSniff, cara paling mudah ialah dengan menggunakan tetapan HTTPS yang disediakan oleh perkhidmatan yang anda gunakan. Di Twitter dan Facebook anda sudah boleh gunakan HTTPS sebagai kaedah sambungan lalai (default) untuk pengesahan semua lalu lintas. Tetapan HTTPS ini mungkan akan disediakan oleh perkhidmatan lain secara perlahan-lahan pada masa akan datang.

Jika anda inginkan lebih keselamatan, anda boleh melindungi sambungan internet anda menggunakan wifi awam di kedai kopi atau lapangan terbang dengan VPN, sama ada sambungkan VPN ke pejabat atau sekolah anda atau perkhidmatan percuma seperti Hotspot Shield atau Hamachi . Yang terbaiknya anda tak payah membuat sambungan langsung dengan perkhidmatan wifi awam ni. Digalakkan anda menggunakan internet dari telefon atau broadband anda demi melindungi maklumat anda di akaun Facebook, Twitter, YouTube, dan akaun Amazon.

Diingatkan, sebelum anda melayari internet, berhati-hatilah semasa menggunakan wifi awam. Ianya terlalu mudah bagi orang yang berniat jahat untuk menggodam akaun Facebook dan Twitter anda.

Sumber :
  1. FaceNiff - Godam Facebook Pada Rangkaian Wi-Fi Yang Sama
  2. FaceNiff – Kini Facebook Boleh Digodam Dengan Mudah

GMUKM seru henti tindakan tidak bermoral

Apa pun di pihak GMUKM mengharapkan pihak yang menggodam akaun Facebook atau blog pihak lain sewajarnya menghentikan tidak bermoral tersebut. Tiada faedah yang diperoleh melainkan sekadar perhatian yang sedikit semata-mata.

Selayaknya ilmu dan pengetahuan yang diperoleh digunakan di tempat yang sewajarnya, demi kemanfaatan bersama, bukan menggodam laman blog atau Facebook demi nilai keseronokan yang sekejap cuma.

Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !