KUALA LUMPUR : Timbalan Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM), Mohamed Bukhairy Mohamed Soffian, 22 mengaku tidak bersalah semalam di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dakwaan menghalang anggota polis dalam menjalankan tugas mereka semasa menahannya pada 6 Januari yang lalu.
Mohamed Bukhairy, mahasiswa tahun kedua Akademi Pengajian Islam UM (APIUM), didakwa berkelakuan agresif terhadap pegawai polis Rohaizat Akbar Ramlie berhampiran masjid Ar Rahman di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur yang berhampiran pintu masuk utama UM kira-kira jam 11.35 pagi 6 Januari lalu.
Ikat jamin RM 6 ribu dikurangkan
Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Peng meminta ikat jamin ditetapkan pada RM6,000, tetapi Mohamed Bukhairy yang diwakili oleh peguam Farhana Abd Halim memohon ikat jamin dikurangkan kerana Bukhairy berasal dari keluarga miskin dengan seorang ibu tunggal.
“Ikat jamin hanya bertujuan memastikan kehadiran di mahkamah dan bukan membebankan tertuduh. Tambahan pula, ini adalah tuduhan pertama,” jelas Farhana.
Majistret Parvin Hameedah Natchiar seterusnya mengurangkan ikat jamin sebanyak RM2, 000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Februari depan bagi sebutan semula kes itu.
Di dalam kejadian 6 Januari lalu Mohamed Bukhairy Muhammad Soffian dilaporkan telah ditahan reman selama empat hari oleh pihak polis cawangan Bukit Jalil atas tuduhan 'menghalang tugas penjawat awam.'
Bagaimanapun kronologi kejadian yang sebenar berdasarkan sumber terdekat Mohamed Bukhairy boleh diperoleh di capaian GazeboDaily berikut : Kronologi Kes Pelajar UM Diheret Ke Mahkamah Akibat ‘Lawan Polis’
1 comments:
sianny die...
kene tangkap ngn polis...
da la family susah
ABES ENPON BLACKBERY DIE KENE RMPAS
Post a Comment