Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, January 5, 2012

AKSIS : Mencari erti seorang 'manusia'

Gempar seketika terutama ibu bapa yang sedang berkira-kira menghantar anak untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Terbit juga gerun di hati tatkala kecoh sebentar isu Nur Amalina Che Bakri, 23 yang heboh dikatakan terkena kejutan budaya, lantas berubah 360 darjah penampilannya apabila berada di luar negara.

Namun isu ini segera dijernihkan melalui penafian ibunya sendiri, Sabariah Hassan, 52 dan rakaman video Nur Amalina sendiri melalui perkhidmatan Skype.

Sebelum ini pada pertengahan bulan lalu heboh satu Malaysia apabila seorang pelajar Malaysia tajaan Petronas dalam bidang perubatan didakwa hilang di Ireland.

Selang seminggu selepas itu, lelaki tersebut Ariff Alfian Rosli, 28 tahun telah berjaya dikesan dan dilaporkan masih berada di Dublin, Ireland.

Namun Ariff, pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK) juga dilaporkan telah 'berkahwin' dengan seorang lelaki warganegara Ireland yang dikenali sebagai Jonathan.
Gambar 'perkahwinan' mereka juga banyak disebarkan di laman maya; yang dilihat bercanggah dengan norma seorang Melayu dan Muslim.


Dan sekiranya kita masih ingat dalam tahun 1997, dengan nama seorang kanak-kanak genius bernama Sufiah Yusof yang menggemparkan dunia apabila layak memasuki St Hilda's College, Oxford pada usia 13 tahun ketika itu selepas berjaya lulus peperiksaan A-Level untuk memasuki universiti terkemuka dunia itu.

Namun pada tahun 2008 beliau yang kini berusia 28 tahun dilaporkan terkandas dalam pelajarannya. Sufiah juga dilaporkan telah 'hanyut' menjadi seorang 'pelayan sosial' dalam perkembangan terakhir.

Semua kisah yang dipaparkan bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, malah jauh sekali untuk menimbulkan umpatan mahupun fitnah terhadap individu-individu tersebut.

Namun perihal kisah yang disebut di atas adalah sebagai satu pedoman buat semua, khususnya rakan-rakan mahasiswa untuk kembali menghayati dan muhasabah erti sebenar sebuah kehidupan dan pengakhirannya dalam kesibukan kita menghadapi musim peperiksaan ini.

Dan ikhlas daripada kami di AKSIS, mengucapkan selamat melanjutkan pelajaran kepada saudari Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang 2008 yang mendapat 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau yang merupakan seorang anak nelayan di Kelantan dijangka akan menyambung pengajian di United Kingdom (UK) menjelang bulan September atau Oktober nanti. Semoga beliau akan sentiasa menunaikan tanggungjawab sebagai seorang remaja Islam walaupun belajar atau berada jauh daripada keluarga.

Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS)

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !