Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, August 4, 2010

Perutusan Khas Bersama Sempena Konvokesyen UKM ke-38


Pertama kali, kami di barisan MPP Mahasiswa bersama-sama Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua bakal graduan yang bakal berkonvokesyen pada 7 hingga 10 Ogos nanti. Di peringkat kami, kami turut berbangga di atas kejayaan kalian yang berjaya memperoleh skrol ijazah nanti.

Harus diingatkan, kekuatan dan keampuhan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat mampu menundukkan kekuatan dan keutuhan masyarakat yang bergantung pada orang lain. lmu pengetahuan mempunyai peranan yang sangat besar bagi diri seseorang seterusnya kepada pembinaan tamadun negara bangsa.

Allah Ta'ala ada menjelaskan kepentingan ilmu pengetahuan ini menerusi firmannya dalam surah al-baqarah: ayat 269 yang bermaksud “ Allah memberikan al-hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya dan sesiapa yang diberikan al-hikmah itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. dan tiadalah yang dapat mengambil peringatan melainkan orang-orang yang menggunakan akal pemikirannya

Menerusi firman Allah di atas, jelas menunjukkan bahawa dengan ilmu pengetahuan (al-hikmah) yang diberikan oleh allah itu, ia mampu memberikan kebaikan yang banyak kepada manusia khususnya yang memanfaatkannya.

Justeru sebagai graduan yang bakal membarisi masyarakat dan mengetuainya suatu hari nanti, kami di peringkat MPP Mahasiswa dan Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) amat berbesar hati dengan kejayaan kalian. Sebagaimana pepatah yang kita dengar di awal pendaftaran kita dahulu di UKM; kalian datang dengan harapan, kalian pulang dengan kejayaan ! 

Salam hormat, salam graduasi.
Ber-GM Lebih Baik !

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !