Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, March 1, 2009

Kronologi Kes Mahasiswa UUM yang membuat petisyen online

Bagi Student Youth and Democratic Movement (DEMA), nasib malang yang menimpai tiga aktivis mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) seharusnya dikongsi bersama dengan seluruh mahasiswa Malaysia. Berikut adalah kronologi kes kezaliman UMNO ke atas 3 mahasiswa tersebut:-

27 Februari | DEMA Nasional melancarkan kempen ’sms nasihat’ kepada no. mobile (0124102487) peribadi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Prof. Madya Dr. Ahmad Faiz Abdul Hamid.

26 Februari | Universiti menangguhkan perbicaraan AUKU ke atas tiga (3) wira mahasiswa melalui serahan tangan Surat Penangguhan Proceeding AUKU oleh Setiausaha Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) En. Shahidan Shafie disebabkan urusan kecemasan lain.

DEMA Nasional mengumumkan untuk melancakan demontrasi aman, gimik dan kenyataan media mendesak Universiti membebaskan ketiga-tiga mangsa kezaliman AUKU dibebaskan dari sebarang petuduhan.

25 Februari | Dua aktivis mahasiswa - Tengku Mohd Hasrul Tengku Malek dan Medecci Lineil Repong didakwa di bawah akta draconion AUKU oleh PM Dr. Ahmad Faiz.

  • Tengku kononnya dituduh memburukkan Universiti apabila menyamakan HEPA UUM seperti Zionis Israel di dalam blognya Nak Cerita Je.
  • Medicci didakwa atas pertuduhan yang sama dengan Choo Kok Wei. Cuma beliau mendapat surat serahan tangan daripada En. Shahidan Shafie agak lewat berbanding Kok Wei disebabkan HEPA tersalah hantar surat dakwaan tersebut.

22 Februari | DEMA mengeluarkan Surat Terbuka mendesak Penarikan Semula Dakwaan AUKU Terhadap Choo Kok Wei Dengan Segera kepada PM Dr. Ahmad Faiz dan semua pihak berwajib.

Choo Kok Wei menghantar surat memohon penangguhan prosiding kes dari PM Dr. Ahmad Faiz, tetapi ditolak mentah-mentah oleh Setiausaha PBT En. Shahidan Shafie tanpa membuka dan membaca terlebih dahulu surat permohonan tersebut. Menurut Shahidan, TNC HEPA tidak ada di Pejabatnya.

19 Februari | Choo Kok Wei menerima surat dari Lembaga Disiplin UUM atas dakwaan merancang bantahan kenaikan harga tambang bas Universiti melalui petition online dan kenyataan akhbar.

Beliau diminta menghadiri prosiding pada Rabu, 25 Februari 2009 jam 9.25 pagi di Bilik Mesyuarat Sri Delima, Tingkat 5, Canselori UUM.

11.35pm Choo Kok Wei mendapat lebih 50o tandatangan terkumpul daripada mahasiswa UUM melalui petition online.

Choo Kok Wei dan rakan-rakannya menemui PM Dr. Ahmad Faiz dan mengemukakan empat tuntutan/bantahan:

  1. Mengekalkan harga tambang bas pada kadar RM.40 atau menurunkan harga tambang bas di bawah kadar RM0.50.
  2. Baki kredit tambang bas universiti boleh dibawa ke semester depan/seterusnya.
  3. Universiti patut bersifat telus dalam mengemukakan kontrak kepada UNIC dan pihak-pihak lain kelak demi membolehkan mahasiswa sendiri membuat pemantauan.
  4. Mahasiswa patut dilibatkan dalam mana-mana proses membuat keputusan yang melibatkan kepentingan dan kebajikan mereka masing-masing.

PM Dr. Ahmad Faiz telah bersetuju menurunkan harga tambang bas Universiti pada kadar RM0.40, tetapi Universiti akan mengkaji dari semasa ke semasa tentang kadar tambang tersebut kelak.

Baki kredit tambang bas juga dibenarkan bawa ke semester depan/seterusnya oleh PM Dr. Ahmad Faiz.

PM Dr. Ahmad Faiz juga memberi jaminan bahawa suara mahasiswa Universiti juga akan diambil kira dalam membuat apa-apa keputusan yang melibatkan hak kebajikan mahasiswa sendiri.

Walau bagaimanapun, TNC HEPA PM Dr. Ahmad Faiz sedaya upaya mengelak/menolak permintaan oleh 500 mahasiswa UUM agar kontrak tender bas antara Universiti dan UNIC didedahkan pada umum memandangkan kontrak tersebut diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia Universiti/Kerajaan.

17 Februari Choo Kok Wei telah pergi ke Pejabat Keselamatan UUM dan bertemu Selvaraju sebagaimana yang dijanjikan olehnya melalui Surat Rasmi Peribadi.

Beliau mengakui bahawa beliaulah yang melancarkan petition online berhubung bantahan kenaikan kadar tambang bas Universiti.

12.30 tengahari Semasa soal siasat dilakukan, Pihak Keselamatan UUM dan pihak-pihak tertentu telah mengajukan soalan-soalan yang tidak relevan dan munasabah.

5.00 petang Soal siasat ke atas Choo Kok Wei selesai .

15 Januari Choo Kok Wei membuat permohonan menangguhkan perbicaraan kepada PM Dr. Ahmad Faiz ; - lewat dua hari dari tarikh 17 Januari.

14 Januari Selvaaju memaklumkan bahawa beliau tidak boleh menerima permohonan Choo Kok Wei tersebut dan mendesak mangsa segera datang ke Pejabat Uniet Keselamatan secepat mungkin.

Selvaaju juga mengugut mangsa untuk menulis suatu surat rasmi kepada TNC HEPA agar mangsa disingkarkan dari kolej kediamannya.

13 Januari Pegawai Siasatan di Pejabat Keselamatan UUM Selvaaraju a/l Subramaniam tergesa-gesa memanggil Choo Kok Wei datang ke Pejabatnya untuk siasatan lanjut.

11 pagi Selvaaraju sekali lagi memanggil Choo Kok Wei ke pejabatnya untuk siasatan lanjut, tetapi mangsa tidak dapat memenuhi arahan tersebut. Impaknya, Sevaaraju mengugut mangsa untuk ke bilik mangsa.

6.30 petang Unit Keselamatan UUM telah menghantar Surat Rasmi kepada Chee Kok Wei meminta mangsa ke pejabat keselamatan keesokan harinya.

Mangsa memaklumkan bahawa beliau akan menemui pihak Keselamatan Universiti pada 17 Januari kelak, selepas bertemu PM Dr. Ahmad Faiz.

12 Februari Choo Kok Wei dan rakan-rakannya telah melancarkan suatu petition online (www.petitiononline.com/20090112/petition.html) untuk mengumpulkan sokongan mahasiswa membantah kenaikan harga tambang bas Universiti tersebut.

Mulanya, perlancaran tersebut hendak dibuat dalam lima hari dan Choo Kok Wei dan rakan-rakannya bertekad untuk menghantar suatu memorandum bantahan kepada Naib Canselor UUM Tan Sri Dr. Nordin Kardi sendiri.

2 petang Dalam tempoh beberapa jam, jumlah penandatangan telah meningkat lebih 200 orang.

3 petang Choo Kok Wei menerima panggilan dari Pejabat Keselamtan UUM, tetapi beliau tidak menjawab panggilan tersebut kerana beliau sedang berkuliah.

5 petang Universiti telah mengekak (blocking) akses internet ke petition online tersebut, tetapi Choo Kok Wei dan rakan-rakannya berjaya membukan kod sekatan tersebut dan terus menyebarkan kempen petition online tersebut kepada mahasiswa Universiti.

3 Januari Sebuah syarikat di bawah UUM, Unic Symbol Business Sdn. Bhd. telah mengeluarkan notis berhubung improvisasi e-Bus System dan kenaikan harga tambang bas Universiti bermula 17 Januari 2009. Berikut adalah implikasi dari isi notis tersebut:-

  • Plan RM90: penggunaan bus untuk durasi masa yang tidak dihadkan untuk sepanjang semester. Walau bagaimanapun, kad metrik hanya boleh digunakan sekali dalam tempoh 15 minit bagi mengelakkan pelajar berkongsi kad matrik ketika menggunakan perkhidmatan tersebut.
  • Plan RM22: mengandungi 40 mata untuk 40 kali penggunaan bus. Ini bersamaan dengan RM0.55 untuk perjalan satu hala. Ini juga bermakna harga tambang bas meningkat sebanyak 37.5% (harga asal: RM0.40)

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !