Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung dalam sidang Parlimen semalam memberitahu bahawa seramai 4,800 mahasiswa gagal menamatkan pengajian atau diberhentikan Universiti daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) setiap tahun. Kenyataan ini dikeluarkan apabila ditanya oleh Mohd Firdaus Jaafar (Pas- Jerai) dalam sesi soal jawab parlimen selasa yang lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh KPT itu, dikatakan bahawa kesalahan disiplin merupakan kesalahan utama yang menyebabakan 1.5 peratus daripada jumlah keseluruhan mahasiswa ini gagal menamatkan pengajian atau diberhentikan oleh Universiti.
Berbalik situasi di UKM, kita perlu sedar mungkin dalam kalangan 4,800 mahasiswa ini, terselit beberapa orang mahasiswa bahkan ramai lagi mahasiswa UKM yang diberhentikan atau gagal menamatkan pengajian di kampus. Jadi jalan penyelesaiannya, adalah kita sama-sama menyelesaikan tanpa sempadan politik dan yang penting adalah melaksanakan program intelektual yang mendorong mereka untuk belajar dan memotivasikan diri

0 comments:
Post a Comment