Pagi hari khamis lalu, 19hb Mac 2009, MPP mahasiswa UKM yang diwakili oleh Saudara Mahfuzan Gaddafi Mahmud, MPP Fakulti Pengajian Islam Tahun 3 berkesempatan untuk melawat saudari Farah Suhada bt Abu Bakar, pelajar tahun tiga Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam yang menghidapi sakit usus. Rombongan dari UKM turut diwakili oleh MPP Fakulti Kejuruteraan Tahun 2, Saudari Syazliana, wakil saudari Suriani bt Ding; Naib Presiden III PMUKM, wakil dari Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) serta sahabat-sahabat saudari Farah Suhada.
Saudari Farah Suhada sebenarnya telah melakukan pembedahan tempoh hari kerana masalah usus. Saudari Farah Suhada turut dikatakann telah berbincang dengan wakil dari Unit Kebajikan,UKM untuk menangguhkan pengajiannya. Rombongan turut bertolak ke rumah beliau atas jemputan keluarganya yang mengadakan doa selamat pada hari itu. Pihak MPP Mahasiswa turut menghulurkan sumbangan para pelajar kepada keluarga mahasiswi tersebut.
Apa yang paling menarik dalam lawatan itu ialah kerjasama antara MPP Mahasiswa dengan wakil pihak Aspirasi . Tahniah GMUKM ucapkan kepada Suriani Ding yang Berjaya memecah tembok pemikiran Aspirasi yang sebelum ini menganggap GMUKM sebagai musuh hinggakan sanggup menghasut pihak Kolej untuk membuang para penyokong GMUKM. Bahkan lebih zalim lagi, Aspirasi inilah yang selalu menyebar fitnah memburuk-burukan GMUKM seperti apa yang berlaku di Karnival Kolej Ibrahim Yaakob tempoh hari dan kenyataan akhbar Timbalan Presiden PMUKM tentang ugutan bunuh semasa hari pengundian PRK yang lepas.
GMUKM harap agar tindakan Suriani Ding dapat dicontohi oleh ahli-ahli Aspirasi lain. Semoga langkah awal Suriani dan MPP Mahasiswa ini, membuka pemikiran ortodok Aspirasi yang selama ini menganggap GMUKM seteru mereka hinggakan sanggup menzalimi sesame islam dan melayu. Semoga Farah Shuhada kembali pulih seperti sedia ada dan marilah kita sama-sama mendoakan beliau sembuh dan dapat kembali ke UKM semula untuk meneruskan pengajiannya.
0 comments:
Post a Comment