Pelbagai aduan telah diterima berkaitan dengan kerosakan jalan oleh Mahasiswa. Untuk melihat bahawa adakah ini sebagai isu rekaan semata-mata, wartawan GMUKM berkesempatan meninjau sekitar kampus Bangi untuk melihat lebih dekat permasalahan pelajar ini. Dengan ditemani oleh beberapa ahli MPP Mahasiswa, memang jelas berlakunya kerosakan jalan yang teruk terutamanya di hadapan Fakulti Pendidikan, hadapan Pusat Bahasa Dan Linguistik, jalan turun daripada Kolej Ibrahim Yaakob ke Kolej Pendeta Za’ba, dan beberapa tempat lagi.
Pihak berwajib wajar membaiki jalan-jalan yang rosak ini demi kebajikan mahasiswa itu sendiri dan mengelakkan berlakunya musibah kepada mahasiswa dan para pengguna jalan raya di UKM. Sistem jalan raya yang baik merupakan salah satu langkah yang akan mengurangkan lagi kes-kes kemalangan jalan raya yang sentiasa berlaku di UKM. Wartawan GMUKM akan terus menyiasat isu-isu yang ditimbulkan oleh mahasiswa demi kebaikan mahasiswa itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment