Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, March 2, 2009

Kenyataan Bersama Pimpinan GMUKM : Mansuhkan PPSMI



Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menyedari dan membantah bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 dan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Hal ini kerana GMUKM menganggap bahawa kedaulatan Undang-Undang (the superior of laws) perlu dijunjung dan melawan sebarang perlakuan kuasa di luar batasan undang-undang.

Selain itu, GMUKM membantah PPSMI disebabkan oleh pelaksanaan PPSMI ini akan membunuh Bahasa Melayu dan Bahasa Ibunda yang lain sebagai bahasa ilmu. PPSMI membunuh masa depan Bahasa Melayu serta menghina bahasa yang pernah menjadi lingua franca pada zaman kegemilangan Melaka dahulu. Selain itu, kajian daripada bijak pandai di Universiti mendapati dasar tersebut gagal. PPSMI diketahui sebagai gagal mengkayakan negara-negara di benua India dan Afrika yang meminjam bahasa Inggeris. Semua negara maju di dunia seperti Jerman, Jepun, Korea Selatan,China, Itali menggunakan bahasa masing-masing dan semua negara yang meminjam bahasa penjajah, semuanya gagal menjadi negara maju dan kaya raya.

Seterusnya, GMUKM membantah PPSMI disebabkan oleh pelaksanaanya menafikan hak sekolah, khususnya di luar bandar dalam bidang Sains dan Teknologi. PPSMI hanya menguntungkan orang-orang kaya di Bandar yang bertutur dalam Bahasa Inggeris di rumah dan ibu bapa yang tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak-anak mereka di rumah. Anak-anak keluarga miskin di bandar dan di luar bandar akan menjadi mangsa kepada PPSMI ini.

Justeru itu, kami selaku warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap masa depan sistem pendidika dan kedaulatan negara, berjanji untuk berusaha mendaulatkan dan menjunjung Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tanpa mengabaikan kepentingan bahasa Ibunda yang lain. GMUKM juga akan bekerjasama dengan pihak-pihak Sasterawan negara, Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), para Pensyarah dan para pemimpin masyarakat dalam mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi negara.

Kenyataan Bersama ini dikeluarkan oleh pimpinan GMUKM yang terdiri daripada :

Hishamuddin Abdullah (Pengerusi GMUKM)
Affandi Abdul Rahman (Pengerusi Membina Mahasiswa Peradaban Ummah (MAMPU)Hilman Ahmad Idham (Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI))
Kumaresan (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/ Mahasiswi (JKMI)
Mohd Robek Abdullah ( Pengerusi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia UKM (PKPIM)
Ammar Ishak (Pengerusi Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN)
Chris Loh Wei ( wakil bebas)

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !