Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, March 20, 2009

Presiden PMUKM lari dari tanggungjawab

Presiden PMUKM, Nasir FEP jelas tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak buahnya apabila meninggalkan mereka terkapai-kapai menahan asakan 10 MPP Mahasiswa yang hadir dalam meting MPP kali ke-2 pada 18 Mac yang lalu.



Presiden anak Pulau Mutiara ini telah meninggalkan meting MPP kira-kira 1 jam selepas meting berlangsung atas alasan ada meting yang lain. Akibatnya, MPP Aspirasi yang kebanyakkan pelajar tahun 1 dan 2 diasak setiap penjuru oleh MPP Mahasiswa yang rata-ratanya merupakan tahun 3 dan berpengalaman dalam soal peraturan Mesyuarat. Timbalan Presiden PMUKM, Sarfarizmal hanya diam sahaja dan turut diperli oleh MPP Mahasiswa yang melihat dia masih kebudakan dalam soal politik kampus.



Dengan kehadiran yang kurang daripada MPP Aspirasi, 6 usul penting yang melibatkan kebajikan diluluskan pada malam itu. Meting yang berakhir pada jam 1 pagi itu turut berkira-kira untuk meluluskan usul tidak percaya pada Presiden dan PMUKM tetapi kerana mereka cemas dan menelefon MPP lain yang tidak hadir, menyebabkan usul itu ditolak. Jelas tindakan Nasir amat tidak bertanggungjawab dan Timbalannya gagal memainkan peranan yang sepatutnya dalam mesyuarat MPP tersebut.



Sebelum itu, jawapan yang diberikan oleh pihak Nasir juga amat tidak bertanggungjawab apabila enggan menyatakan kriteria pemilihan exco yang dipilihnya. Beliau selalu bercakap soal kerjasama tetapi dalam perlantikkan exco, MPP Mahasiswa telah disingkirkan dan dihina dengan tidak memberi jawapan. Beliau turut angkuh mengaku mempunyai 5 jawatan dan berupaya melaksanakan tugasan tersebut di dalam Mesyuarat MPP tersebut. Nasib baik seorang MPP Mahasiswa bangun dan bertanyakan tentang perkembangan ucapan dasar beliau. Dan seperti dijangka, jawapan yang diterima adalah mengecewakan apabila menyatakan beliau tidak banyak kotakan janji sepertimana dalam ucapan dasar tersebut.



Dan malam itu makin panas apabila Setiausaha Agong PMUKM, enggan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua MPP. Beliau tidak merujuk peraturan mesyuarat yang menyatakan bahawa Setiausaha perlu mengedarkan tiap-tiap MPP satu minit mesyuarat. MPP aspirasi dari FSSK ini bertegas tidak mahu berikan minit mesyuarat itu dengan alasan tiada semakan daripada Nasir. Sedangkan MPP Mahasiswa mendesak agar kertas minit mesyurat yang telah dibawa itu diedarkan malangnya Setiausaha ini masih berdegil. MPP Mahasiswa ada mencadangkan Sarfarizmal tandatangan surat itu tetapi beliau tetap berdegil dan menyatakan bahawa Sarfarizmal tidak layak tandantangan itu. Jelas mereka gagal menggunakan fungsi Timbalan Presiden dan hanya melihat Timbalan Presiden sebagai tin kosong, berbunyi apabila digoncang tetapi kosong dari sudut isinya. Akhirnya minit mesyuarat itu didedarkan dan Setiausaha Agong PMUKM akur dengan permintaan MPP Mahasiswa yang berlandasakan dengan peraturan mesyuarat.



Jelas bahawa Nasir memang tidak bertanggungjawab dalam berhujah dengan MMP Mahasiswa dan lari meninggalkan anak-anak buah yang tidak tahu membuat kepuitusan. Sekiranya Presiden sudah melakukan kesalahan, maka secara hipotesisnya, anak-anak buah akan ikuti kesalahan itu. Cuma masa sahaja menghalang PMUKM dikuasai oleh MPP Mahasiswa tetapi tiada yang mustahil selagi kita berusaha.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !