Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, March 20, 2009

6 Usul diluluskan

Aspirasi GELABAH. Itulah kata-kata yang boleh kita katakan kepada pihak MPP Aspirasi dalam mesyuarat hari rabu lalu apabila 6 usul telah diluluskan dengan majoriti mudah.

Antara USUL yang wajib dilaksanakan Aspirasi ialah :



1. Usul supaya diadakan Mesyuarat Agung Tahunan JAKSA kolej diseluruh UKM dijalankan di semua kolej kediaman bagi bagi membentangkan laporan keseluruhan program aktivi kolej dan juga laporan kewangan JAKSA kolej kepad seluruh penghuni kolej kediaman masing masing .



2. Usul supaya diadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi PMUKM bagi membentangkan laporan program sepanjang tahun dan juga laporan kewangan PMUKM kepada seluruh mahasiswa/i UKM .



3. Usul supaya PMUKM mengeluarkan surat penegasan pendirian kepada Pihak Pentadbiran UKM mengenai setiap isu yang melibatkan kepentingan mahasiswa/i.



4. Usul supaya saudari Speaker iaitu Sdr.Intan Zanariah Binti Abdul Aziz selaku wakil MPP Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu Sdr.Norihan Rahim pelajar FSSK tahun 3 yang menjadi mangsa kemalangan dengan Bas Kiffah di Kolej Keris Mas.



5. Usul supaya mesyuarat PMUKM dijalankan secara berkala iaitu sebulan dua sekali dan juga mesyuarat PMUKM bersama Lembaga Pengurusan Universiti diadakan dua bulan sekali bagi membincangkan khusus mengenai permasalahan dan kebajikan mahasiswa/i UKM. 6. Memansuhkan jawatan senator yang terdiri daripada calon calon yang kalah dalam pilihanraya kampus yang lalu atau sesiapa sahaja yang dilantik oleh Presiden PMUKM daripada diiktiraf sebagai ahli mesyuarat PMUKM sepertimana calon yang menang.



Keenam-enam usul telah diluluskan dengan suara majoriti. Ada wakil MPP Aspirasi yang turut mengundi MPP Mahasiswa dalam beberapa usul. Jelas bahawa membuktikan bahawa MPP Aspirasi gagal bertindak mengikut nasihat mentornya ibarat anak ayam kehilangan ibunya. Mereka kelam kabut apabila ada wakil MPP Mahasiswa mencabar untuk mendesak usul tidak percaya kepada Presiden, Nasir yang tidak bertanggungjawab dalam kepimpinan PMUKM. Malahan, sekiranya tidak kehadiran 3 orang wakil CCC, sudah pasti wakil MPP Mahasiswa akan dapat memegang tampuk pemerintahan PMUKM pada malam itu.



Keberanian MPP Mahasiswa berhujah wajar dipuji. Semua usul yang diluluskan adalah untuk kebajikan mahasiswa semua. AGM JAKSA dan PMUKM pasti akan diadakan pada tahun ini dan ia akan menimbulkan suasana ketelusan terutamanya melibatkan kewangan JAKSA dan PMUKM yang dikutip daripada mahasiswa.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !