“ Pemilihan UMNO dikira secara manual ”. Itulah tajuk berita utusan Malaysia pada hari ini (15 Mac 2009). Sebelum ini, kecoh dengan berita bahawa sistem pengundian dan pengiraan undi pada pemilihan United Malay National Organisation (UMNO) hujung bulan ini akan dilaksanakan secara sistem berkomputer. Menurut Setiausaha Kerja UMNO, Brig. Jeneral (B) Datuk Husainay Hashim bahawa hampir 90 peratus wakil-wakil calon tidak bersetuju sistem berkomputer atau sistem imbasan digital diguna pakai yang diragui keberkesanannya. Pada dua hari lalu, UMNO telah memutuskan untuk menggunakan 40 mesin pengimbas Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dalam sistem pengundian berkomputer pada pemilihan parti mereka kali ini.
Pihak GMUKM menyambut baik langkah UMNO mengharamkan penggunaan sistem berkomputer dalam pemilihan mereka dan menggunakan sistem manual. Dalam kampus, isu pengundian secara computer hangat seketika dahulu apabila pihak tertentu telah memasukkan draf pengundian secara e-voting di dalam Peraturan Tatacara Majlis Pemilihan MPP 2008. E-voting ini amat ditentang oleh pelajar kerana diragui ketelusannya dan ada kajian dibuat di sebuah Universiti di Selangor yang menggunakan sistem pengundian ini, didapati apabila mahasiswa menekan klik komputer mengundi calon Aspirasi, secara automatik undi Aspirasi akan menjadi berganda iaitu dua undi.
E-voting adalah suatu metoda pengumpulan suara dengan menggunakan perangkat elektronik. Tetapi mahasiswa percaya bahawa E-voting digunakan untuk menipu mahasiswa kerana mahasiswa tidak dibenarkan untuk melihat pengiraan undi dijalankan sedangkan berdasarkan peraturan pilihan raya, agen tempat pengiraan undi yang dilantik seseorang calon berhak untuk melakukannya. Jelas di sini sekiranya UMNO pun menolak sistem e-voting dalam pemilihan AGM mereka, apatah lagi mahasiswa yang perlu melakukan pemilihan MPP yang lebih penting iaitu untuk melahirkan mahasiswa yang benar-benar berjiwa sebgai pemimpin hari esok. Jadi kita sebagai mahasiswa UKM, jika ada unsur-unsur untuk membawa pengundian secara e-voting, maka kita wajib membantah kerana parti pemerintah pun membantah dalam pemilihan parti mereka. Samalah seperti mereka berdemontrasi, takkan kita sebagai mahasiswa hanya menjadi penonton sahaja, Kita perlu meniru mereka kerana mereka adalah orang yang melaksanakan sesebuah dasar. Anak rintik, bapa borek...
0 comments:
Post a Comment