Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, March 9, 2009

Tangan Ghaib Campuri PMUKM??

Memalukan..itulah kata-kata yang boleh ditujukan kepada PMUKM sekarang yang gagal melaksanakan Mesyuarat Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM dengan pihak pentadbiran UKM. Menurut maklumat yang diperolehi, sejak watikah hingga kini, hanya satu mesyuarat rasmi diadakan. Itupun hanya untuk membincangkan program-program PMUKM, bukannya masalah pelajar. Dan wartawan GMUKM diberitahu bahawa mesyuarat yang diadakan di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) itu hangat kerana campurtangan secara melampau seorang pegawai JPPel yang juga merupakan bekas orang kuat Aspirasi di Burhanuddin Helmi


Amat malang sekiranya pihak pentadbiran masuk campur dalam hal seremeh tajuk program kerana ia melambangkan pimpinan mahasiswa yang tidak pandai memimpin diri dan membuat keputusan. Tentu semua mahasiswa boleh bayangkan bagaimana pimpinan mahasiswa tidak pandai membuat keputusan, bagaimana untuk memimpin kita semua?


Dan isu yang paling jelas kedengaran pada hari ini ialah kurangnya mesyuarat dengan pihak pengurusan Universiti yang betul-betul berautoriti, bukannya pegawai yang rendah pangkatnya dan tiada autoriti membuat keputusan. Wartawan GM harap mesyuarat Ahli MPP bersama pihak Lembaga Pengurusan Universiti dipercepatkan demi kepentingan mahasiswa itu sendiri. Banyak isu-isu seperti jalanraya rosak, yuran pelajar naik, harga caj wireless kepada semua mahasiswa tanpa mengira mereka menggunakannya atau tidak, isu keselamatan, kebajikan sosial mahasiswa, dan pelbagai lagi isu tertunggak lain, masih tergantung tanpa ada jalan penyelesaian.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !