UMNO Sudah biadap. Itulah kata-kata yang boleh kita katakan pada UMNO yang secara terang-terangan menggunakan mahasiswa sebagai balaci mereka. Bukan mahasiswa dalam negara, tetapi mahasiswa luar negara diperkudakan mereka dalam agenda tertentu.
GMUKM bukanlah anti pada UMNO, tetapi kami adalah anti kepada diperkudakan oleh pihak tertentu. Termasuk pihak Pakatan Rakyat sendiri. Pada mesyuarat Agong tahunan UMNO pada 25 Mac hingga 28 Mac nanti, sejumlah 63 Kelab UMNO Luar Negara akan menyertai majlis perasmian perhimpunan Agung ini bersama-sama dengan 4,885 perwakilan di seluruh negara dan anggota komponen Barisan Nasional.
Jelas bahawa satu pencabulan undang-undang serius oleh mahasiswa luar negara dan parti UMNO. Mengapa mahasiswa di dalam negara didiskriminasikan secara terancang oleh mereka. Sedangkan kita tahu, mahasiswa dalam negara tertakluk pada akta bodoh, AUKU yang menyatakan bahawa hak mahasiswa untuk menganggotai parti politik hanya dibolehkan apabila segala butiran peribadi diberikan kepada Naib Canselor untuk kelulusan dan rekod Universiti melalui peruntukkan Seksyen 15 (4) Akta AUKU ini.
Ini jelas satu diskriminasi. Adakah kita perlu tanya bahawa adakah Mahasiswa Kelab UMNO Luar Negara dikutip database satu persatu? Adakah wujud satu kezaliman undang-undang sedangkan semua warganegara ada hak samarata?
GMUKM akan hantar spy pergi ke perhimpunan Agong itu untuk melihat siapa-siapa yang terlibat dengan parti politik kepartian. Dengar cerita, ada seorang MPP PMUKM Aspirasi baru-baru ini pergi ke progam UMNO sabtu lalu. 21 Mac lalu di PWTC. Pihak GMUKM tahu siapa orangnya dan GMUKM tidak akan dedahkan pada masa ini, biarlah ia mengaku dengan sendiri. Cukuplah gambaran bahawa MPP Aspirasi yang tali barut UMNO itu dikenali sebagai lelaki dan memiliki jawatan antara yang tertinggi
Selain itu, isu penglibatan jelas mahasiswa Universiti dengan UMNO semakin ketara. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Datuk Yaakob Mohammad, Seramai 440 pelajar universiti telah ditugaskan untuk mengendalikan pengiraan undi semasa Perhimpunan Agong UMNO.
Jadi di sini kita lihat bahawa politik kepartian terus merajai pemikiran-pemikiran mahasiswa. Mereka tidak berpegang pada politik mahasiswa yang perlu bebas daripada campurtangan pihak-pihak tertentu dan hanya berkiblatkan parti politik itu. Memang GM dilihat kepada pro Pakatan Rakyat tetapi kami ingin tegaskan bahawa apa yang betul, kami sokong semuanya dan apa yang salah, kami akan tegur dan lawan. Ini prinsip GMUKM yang berpaksikan kepada politik kebenaran. Harap pihak Aspirasi turut mengamalkan prinsip ini agar mahasiswa tidak dipandu dengan anasir-anasir politik kotor dan juga mahasiswa tidak jadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya.
0 comments:
Post a Comment