Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, March 27, 2009

Mahasiswa Anti Pada Pegawai Berpolitik





Gambar dipetik daripada sumber- http://mahasiswakini.com/archives/2922




Sekadar perkongsian mengenai satu artikel bacaan. Mahasiswa/i dan juga kakitangan akedemik universiti atau pensyarah dikatakan tidak boleh berpolitik tetapi apa yang nyata disini ialah ibarat "cakap tidak serupa bikin". Apa yang mahasiswa/i tuntut adalah hak yang sama yang mana mengapa pensyarah boleh berpolitik sedangkan mahasiswa/i disekat..???





Rujuk senarai ahli jawatankuasa biro kajian dasar pertubuhan alumni kelab kelab umno luar negara sesi 2008/2010 bermula dengan jawatan Timb.pengerusi II yang melibatkan kakitangan akedemik daripada UKM sendiri dan beberapa nama lain. Bukan mencari kesalahan tetapi memohon keadilan.




Kepada mahasiswa UKM yang bijak dan boleh berfikir, inilah yang dikatakan sebagai cakap tak serupa bikin. Ibarat ayam berkokok megah, tetapi ekor penuh dengan tahi. Inilah yang boleh kita katakana pada nama-nama yang mahasiswa/I boleh baca. Mereka larang mahasiswa berpolitik, sedangkan mereka lebih berpolitik hinggakan sanggup untuk dibalacikan ahli politik di dalam kampus.




Bahkan, ada satu cadangan menggila daripada seorang perwakilan UMNO baru-baru ini, yang meminta agar jawatan dekan, naib canselor atau rector diwakili oleh orang UMNO. Sambil bangganya tetapi dalam kebodohan, perwakilan itu menyebut bahawa Prof Datuk Dr Ibrahim Shah, Naib Canselor UiTM wajar dijadikan contoh. Memang ahli politik sudah menggila. Perjudikan nasib mahasiswa dengan politik. Kepada si Nasir si Presiden PMUKM, jauhkan diri dengan Pengetua Kolej anda. Anda akan dilihat cuba berpolitik andainya terus merujuk sang pengetua itu.




Kepada para pentadbir yang namanya ada dalam surat itu, berundurlah daripada jawatan kerana perpepsi mahasiswa kini pada anda adalah, anda merupakan kuda tungangan parti politik, bukannya kepada falsafah kelimuan itu sendiri.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !