Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, March 12, 2009

Jenayah Curi Semakin Parah

Kes kecurian semakin menjadi-jadi di UKM ini. Semalam, wartawan GM dimaklumkan bahawa berlaku kecurian di Kolej Ungku Omar (KUO). Kes jenayah ini berlaku sewaktu mangsa, seorang mahasiswi meninggalkan telefon bimbitnya di bilik untuk ke tandas. Sebelum ini, berlaku kejadian sama di Kolej tersebut. Menurut maklumat yang diperolehi, antara punca kecurian yang berlaku di Asrama siswi adalah kerana kunci di belakang asrama tersebut tidak dikunci seperti sebelum ini.


Kes jenayah curi ini bukan sahaja berlaku di kolej-kolej, tetapi turut berlaku di kawasan-kawasan umum di UKM. Baru-baru ini juga, wartawan GMUKM diberitahu bahawa berlaku kejadian curi di PTSL dan hadapan Pusanika. Di Pusanika, kejadian kehilangan helmet bukannya perkara baru. Kehilangan motorsikal juga kerap berlaku di pusat komersil UKM ini.


Di peringkat GM, kami akan mendesak MPP-MPP Mahasiswa yang menang untuk menjalankan kerja membantu mahasiswa mengatasi kes kecurian ini. Kepada mahasiswa UKM, ingatlah bahawa penjenayah berada di sekeliling anda. Cuma masa dan kesungguhannya mencari penyelesaiannya yang boleh membantu kita menyelesaikan isu jenayah ini.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !