Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Prospektus 'Moving Forward'

Kenali Calon UMUM Mahasiswa

Kenali Calon Fakulti Mahasiswa

Saturday, December 24, 2011

AUKU Tetap Perlu Dimansuh – PM Dr Agus


Shah Alam, 20 Dis : Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) perlu dimansuhkan walaupun banyak pihak mula gusar dengan tindakan agresif mahasiswa yang bertindak menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu demonstrasi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tempoh hari.
Pensyarah Sains Politik UKM, Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff berkata dalam apa jua keadaan mahasiswa perlu diberikan ruang dan peluang untuk mereka bertindak balas kepada isu semasa masa kini [Lihat Video].
Semasa perhimpunan menuntut kebebasan akademik beberapa hari lalu, kumpulan mahasiswa meggantikan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua bekas presiden Umno.
Mereka menggantikannya dengan kain rentang ‘Academic Freedom’ beberapa minit sebelum sebelum menaikkannya semula dan mengundang kemarahan pemimpin Umno dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Insiden turun bendera tetap tidak wajar
Bagaimanapun, Agus berkata, mahasiswa tidak sepatutnya menyalahgunakan ruang yang diberikan dengan bertindak membuta tuli sehingga menjejaskan imej institusi pengajian di Malaysia.
“Insiden pelajar turunkan bendara adalah sesuatu yang tidak wajar. Kalau kita mahu buat demonstrasi, melahirkan protes kita pada kerajaan, tidak perlu kita buat sesuatu yang boleh merosakkan bangunan orang, boleh mengaibkan orang, boleh menjatuhkan maruah orang, apa lagi pemimpin kita. Itu tak perlu.
“Kita berkumpul, himpun, protes, hanya sekadar kita menzahirkan pandangan kita, menuntut apa yang kita tuntut tanpa kita membuat sesuatu yang salah dari segi undang- undang,”
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini mendesak golongan mahasiswa yang terlibat agar memohon maaf secara terbuka kepada Najib, namun gesaan itu dipandang sepi.
Beliau kemudiannya berkata pihaknya tidak akan mengambil apa- apa tindakan tetapi menyerahkannya kepada polis.
AUKU tidak perlu zaman sekarang
Agus berkata, insiden terbaru ini bukanlah kayu ukur kepada betapa perlunya AUKU dikekalkan atau sekadar dipinda.
“AUKU tidak perlu. Sekarang orang bercakap tentang dunia keterbukaan, dunia kebebasan, dunia untuk mencemerlangkan akademik dan para akademik, maka AUKU perlu dimansuhkan. Saya tidak nampak ia relevan,” katanya.
Beliau menegaskan, apa yang lebih penting adalah mempersiapkan mahasiswa dengan dunia sebenar politik negara dan bukannya menyekat segala pergerakan mereka sehingga hanya melahirkan cerdik pandai di atas kertas semata- mata.
“AUKU boleh memenjarakan pelajar daripada berfikir dan berpatisipasi didalam politik. Memenjarakan juga pensyarah dari segi melontar idea ilmu yang ditimba, ia merugikan negara,”
Agus berkata, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang akan anggapan pelbagai pihak yang mengatakan mahasiswa sukar dikawal jika AUKU dimansuhkan kelak.
“Kita banyak undang- undang negara. Kita ada kanun kesiksaan, akta- akta yang sudah terlalu banyak untuk menyekat rakyat daripada berhimpun dan bersuara, jadi apa lagi nak takut ?,” soalnya.
Pensyarah turut terikat
Beliau menegaskan, mahasiswa perlu diberi galakan agar mereka berkeupayaan untuk berwacana, berdiskusi dan melibatkan diri dalam proses membuat dasar- dasar negara.
Mahasiswa perlu diberi masa untuk bertindak mengikut cara pemikiran mereka, tuntutan semasa mereka, biarkan mereka progresif tetapi apabila mereka diberi, tetapi mahasiswa tidak boleh bergerak melebihi undang- undang negara,” jelasnya.
Beliau berkata, AUKU bukan sahaja mengekang mahasiswa daripada menjalankan peranannya sebagai sebahagian daripada kompenan penting dalam negara, tetapi juga mengikat golongan pensyarah dalam mengutarakan pandangan akademik mereka.
“AUKU bukan sahaja melibatkan pelajar tetapi juga pensyarah. Kita buka ikatan itu supaya pensyarah itu dia ada ruang untuk mereka menyatakan alternatif seperti mana peranan sebenar mereka.
“Mereka adalah golongan cerdik pandai, mereka dibayar oleh kerajaan tapi mereka duduk diam sahaja berjaya dalam kampus sahaja. Buat apa?,” katanya.
AUKU yang mula diperkenalkan pada tahun 1971 dilabelkan sebagai akta yang mengekang penglibatan mahasiswa dalam bidang politik. – GZDaily

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

tvGMUKM

Wajib Muat Turun !