Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, December 2, 2011

Berita & video banjir kilat di Kajang 02/11/2011


Kajang, 2 Dis - Kejadian di luar jangkaan apabila hujan lebat sekitar waktu tengahari secara tiba-tiba mengakibatkan banjir setinggi tiga kaki dan menyebabkan beratus-ratus buah kereta ditenggelami air banjir.

ADUN Kajang, Lee Kim Sin ketika turun melawat kawasan air banjir lewat petang tadi turut menenggelamkan tempat letak kereta bawah tanah di pusat membeli-belah Plaza Metro, yang dipercayai membabitkan kira-kira 20 kereta.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut menghentikan perkhidmatan komuter ke bandar itu.

Banjir tersebut dilaporkan antara yang terburuk semenjak 1971 yang pernah menenggelamkan tiga perempat bandar Kajang.

Sementara itu, Berita Nasional Malaysia (Bernama) melaporkan, sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas di Kajang berjaya diselamatkan apabila rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata mangsa berada di rumah ketika air mula menaiki rumah mereka.

"Kesemua mangsa kita selamatkan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Kantan dan Jalan Kelapa di mana mereka tidak sempat melarikan diri bila banjir berlaku," katanya,

Beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir kilat yang teruk selepas hujan lebat kira-kira 4 petang tadi.

Kawasan yang terlibat ialah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang, Jalan Jeluk, Sungai Kantan, Jalan Semenyih dan Jalan Kelapa.

Mohamad Sani berkata di Sungai Kantan, air naik sehingga 1.5 meter manakala di tempat lain pada paras paha.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 3.51 petang sebelum sampai dalam masa 10 minit bersama 14 anggota termasuk pegawai dari balai Kajang dan Cheras.

"Banjir surut kira-kira dua jam kemudian. Beberapa buah kereta serta motosikal rosak akibat ditenggelami air banjir," tambah beliau.


0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !