Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, December 6, 2011

GMUKM wakili mahasiswa, serah memorandum kepada NC isu keselamatan

Syukur ke hadrat Ilahi sebentar tadi rombongan Gabungan Mahasiswa bersama-sama PMUKM berjaya menyerahkan memorandum berkenaan isu keselamatan kampus UKM kepada Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.


Intipati memorandum
Intipati memorandum menyentuh kepada perihal keadaan jalan raya yang semakin hari membahayakan kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor tidak sempurna diselesaikan di samping aspek pencahayaan lampu yang didapati amat berbahaya khususnya di waktu malam.



Sekadar menyebut beberapa kes, kes saudari Sarizan dan Nadiah yang baru-baru ini menimpa mangsa merupakan bukti jelas mengapa isu keselamatan mahasiswa perlu diambil berat dan diberi perhatian dalam kadar segera oleh pihak Universiti.

Kakitangan UKM sokong memorandum
Menariknya Gabungan Mahasiswa melalui wakilnya sebentar tadi juga sempat berbual dengan beberapa kakitangan di Canselori yang turut bersetuju isu ini terus dibawa ke perhatian Naib Canselor apabila ia dilihat enteng oleh sesetengah pihak pentadbiran.

Malah ada di kalangan mereka mencadangkan isu ini bersama-sama membawa suara kakitangan Universiti dan turut dimuatkan dalam memorandum ini.  Malah lebih harmoni jika isu ini turut didokong oleh JAKSA-JAKSA dan pentadbiran kolej dan fakulti sebagai bukti keprihatinan terhadap isu dalam kampus.


Penutup - Pihak berwajib perlu segera respon memorandum
Apa pun, di peringkat GMUKM kita tidak mengharapkan sebarang pujian atau nama; tetapi apa yang lebih penting gerak kerja yang efektif dan proaktif oleh pihak berwajib dalam isu keselamatan ini agar ia mendapat perhatian yang serius dan segera.


Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !